Lelaki ini kongsi DIY rak tupperware untuk isteri guna besi dan kayu. Seminggu lebih siap, cantik dan kemas!

RUANG dapur menjadi tempat kegemaran wanita khususnya kaum ibu kerana di sinilah tersimpannya segala ‘khazanah’ yang digemari.

Barangan seperti periuk belanga, pinggan mangkuk termasuklah rempah-ratus dan bahan basah perlu lengkap dan sentiasa tersedia untuk digunakan.

Satu lagi, tupperware antara koleksi kegemaran kaum Hawa dan wajib ada di dapur.

Ada yang sanggup berhabisan setiap bulan membelinya. Lama-kelamaan dapur penuh dengan pelbagai corak dan bentuk tupperware sehinggakan tiada ruang nak menyimpan.

Baca ni Pernah diperlekeh bina rumah terapung hadapi banjir, kini anak bangga usaha ayah berhasil. Inspirasi!

Menerusi kapsyen seorang pengguna Facebook, Izat Akmal, beliau memuat naik perkongsian tentang cara membuat rak menyimpan tupperware dengan kombinasi besi dan kayu khas yang dibuat khas untuk isterinya.

Apa yang boleh penulis katakan, hasil kerja Izat memang nampak menarik, kemas dan cantik.

Menerusi entrinya, beliau berkata, ia sebenarnya merupakan projek ketiga yang diminta dilakukan oleh wanita kesayangannya itu.

“Saya memang kosong (idea). Saya tengok YouTube, sertai Facebook grup welding dan tanya orang. Mesin ini pun beli bulan tiga (Mac 2021) awal PKP dulu, tapi kena yakin dan berani cuba,” ujarnya.

Tanpa berlengah, jom kita perhalusi bahan-bahan yang digunakan Izzat:

-Besi hollow
-Papan heveaboard
-Tinggi 8×8
-Cat mahogany
-Jaring besi (diamond mesh) harga RM90, sekeping 4 x 8kaki.

Baca ni ‘Saya bangga dan sayang ayah.’ Tak malu sarungkan baju kerja ayah dalam pertandingan di sekolah, kisah adik Auni bikin sebak!

Kata Izzat, beliau sangat suka dengan kombinasi besi dan kayu.

Iklan

Ia mengambil masa lebih kurang seminggu untuk menyiapkan rak tersebut.

“Ukuran kaki dan partition dalam rak tersebut saya hanya agak-agak sahaja. Lebar dari hadapan ke belakang 1 kaki papan. Jadi, 1 kaki lebih sikit campur bingkai,” kongsinya.

Berkenaan dengan kos yang dibelanjakan untuk rak tersebut, ia mencecah lebih RM800.

Iklan

Baca ni  Gelagat Jebat Jayden kemas rumah sambil buat dialog tentang semut, lalat bikin warga maya terhibur. Lucu betul!

“Modal ini termasuklah membeli besi, kayu dan cat. Barang-barang pun tak habis guna sebab tak boleh beli sikit-sikit. Simpan untuk projek seterusnya,” ujar beliau lagi.

Kepada pembaca SinarPlus yang ingin mencuba cara Izzat, anda sangat dialu-alukan. Jimatkan wang kan?

Sumber: Izat Akmal

Layari sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.