Minta izin sendiri isteri pertama, Zarina Zainuddin dedah adab kahwin suami orang

Iklan
Zarina Zainuddin

Minta izin sendiri isteri pertama, Zarina Zainuddin dedah adab kahwin suami orang

BILA sebut sahaja poligami, memang akan menjadi kontroversi tidak kira berlaku pada siapapun. Jarang-jarang wanita boleh menerimanya.

Iklan
Iklan

Seperti isu yang sedang melanda rumah tangga pengarah, Syamsul Yusof dan kedua-dua isterinya yang kini menjadi perhatian ramai.

Jumaat lalu, Syamsul membuat satu pengumuman mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar, sekali gus menjadikan wanita itu sebagai isteri keduanya selepas pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Iklan

Berita itu membuatkan ramai kecewa dan panas hati apabila pengarah berusia 38 tahun itu membelakangkan keluarganya termasuk mengecewakan hati seorang isteri.

Tiada apa yang boleh diungkapkan, moga mereka dapat menyelesaikan perkara tersebut sebaiknya.

Iklan

Dalam pada itu, penulis tertarik dengan nasihat pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin yang juga berstatus isteri kedua mengenai poligami.

Menerusi sebuah program Mak Untuk Malaysia (MUM) di Sinar Harian baru-baru ini, Zarina berkongsi pengalaman dan memberi nasihat kepada semua wanita.

Baca juga Tidak rela bermadu, Puteri Sarah minta dilepaskan

Menurut Zarina atau nama sebenarnya Nur Zarina Mohd Zainuddin, 52, dia sejujurnya tidak mahu menjadi perampas ataupun hidup bermadu.

"Saya tak nak kahwin dengan suami orang. Saya tak suka jadi perampas suami orang," katanya.

Namun, Zarina mendedahkan bahawa dia meminta suaminya itu untuk membawanya berdepan dengan isteri pertama jika suaminya itu benar-benar ikhlas ingin berkahwin dengannya.

"Kalau abang betul-betul nak kahwin dengan saya, bawak saya jumpa dengan isteri abang, kenalkan kepada isteri abang... Biar saya sendiri yang minta izin dengan isteri abang.

"Kalau dia izinkan, saya kahwin... Kalau tak izinkan, saya takkan kahwin dengan suami orang. The next day, dia bawa saya jumpa isteri dia. He’s a very gentleman. Itu susah orang nak buat," dedah Zarina.

Ujarnya, suami orang yang berani bawa jumpa isteri dia, itu adalah lelaki gentleman yang betul.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Zarina sebagai seorang wanita yang bertanggungjawab dan layak untuk bersembang mengenai poligami kerana sikapnya yang bertimbang rasa terhadap isteri pertama.

Ujar mereka;

"Dia antara wanita yang layak dijadikan isteri kedu apada waktu ini. Suami dia memang penyelamat dia."

Baca juga ‘Moga dua isteriku tenang.’ Kongsi gambar Puteri Sarah, Ira Kazar, hantaran Instagram Syamsul Yusof jadi perhatian

"Inilah wife kedua yang bagus."

"Terbaik, ini contoh madu yang baik."

"Dia layak sembang bab poligami sebab dia dari dulu memang jenis sedar diri siapa dia. Memang baik cara Zarina ni dari dulu sampai sekarang."

"Saya suka cara Zarina ni penuh adab."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.