PENGARAH, Syamsul Yusof menjadi perhatian ramai selepas berpoligami mengumumkan berkahwin dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.

Tidak henti-henti menjadi perhatian dan perbualan di media sosial, bapa kepada dua cahaya maya itu memuat naik foto kedua-dua isterinya iaitu Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar di Instagram.

“Morning! Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik,” tulis Syamsul.

Dipercayai sedang berada di luar negara, pengaran berusia 39 tahun itu terdahulu berkongsi makanan laut dan pemandangan di tepian pantai.

Baca juga: Lerai teka-teki, Syamsul akui sudah nikahi Ira Kazar

Menjengah ke ruangan komen, warga maya dan rakan artis memberikan kata-kata semangat dan sokongan.

– “ Insya-ALLAH semua akan baik-baik saja.”

– “Amin Ya Rabb.”

– “Steady.”

– “Chill & Steady Boss! Tenang is good!”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Baca juga: ‘Suami imam keluarga, jangan biar isteri terasing, pendam rasa.’ Luahan Datuk Yusuf Haslam bikin ramai sebak

Iklan

Syamsul baru-baru ini mengundang perhatian ramai selepas memuat naik video pengakuan menjelaskan majlis pernikahan dengan Ira di Thailand dan berwalikan bapa Ira yang Kazar.

Menerusi video berdurasi empat minit itu, Syamsul meminta pelakon Puteri Sarah Liyana pulang ke rumah untuk berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Baca juga: #SiBibirMerah: Warganet sokong tindakan nekad Puteri Sarah saman, perjuang hak wanita

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, dan Sumayyah.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Iklan

Baca juga: Mat Kilau kutip RM97 juta, Syamsul Yusof yakin filem, pelakon Malaysia mampu saingi Hollywood

Sumber: @syamsulyusoffilm

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.