RATU pop tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak asing lagi. Bersuara lunak dan merdu, ramai yang membesar mendengar lagu-lagu dendangannya.
Pejam celik, Siti atau nama penuh Siti Nurhaliza Taruddin rupanya sudah genap 44 tahun. Pernah disenaraikan sebagai 500 muslim berpengaruh, ibu kepada dua cahaya mata itu menitipkan syukur.
Baca juga: Siti Nurhaliza beli kediaman mewah di Dubai, Asyraf Khalid jadikan sumber inspirasi
Sedang berada di Turkiye, Siti berkongsi sambutan hari lahir bersama suami, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, anak-anak dan rakan.
"Terima kasih suami tersayang yang sudah bersama melayari dan menjaga saya serta anak anak sebaiknya,” katanya yang sedang berada di Turkiye.
Turut disapa Tokti, penyanyi itu berkongsi foto dan video bermain salji di Pusat Ski Kartepe.
Sempena ulang tahun kelahiran, penyanyi tersohor itu menerima ucapan dan doa daripada rakan selebriti dan warga maya.
-"Sanah helwah Tokti . Moga panjang umur , happy selalu dan kekal bahagia . Seronok tengok keluarga Tokti dan anak-anak.” -
@elizadsharifuddin
-"Happy Birthday Tokti.” - @dianadanielleb
-"Happy birthday dear @ctdk. May ALLAH bless always.” - @norynaziz
-"Happy birthday ibu. Semoga dirahmati oleh ALLAH sekeluarga dan dilindungi sentiasa.” - @shieraijoy.
Baca juga: ‘Berbakat di pentas macam ibu.’-Gelagat Aafiyah pada hari graduasi tadika raih perhatian warganet
Baru-baru ini Siti berkongsi membeli kediaman di The Address Residences, Dubai dan membuat house tour menerusi Insta Story.
Siti berkahwin dengan Datuk K pada 2006 dan dikurniakan dua cahaya mata, Siti Aafiyah, 4, dan Muhammad Afwa yang berusia setahun.
Fakta Siti Nurhaliza
1-Siti dilahirkan pada hari Khamis, 11 Januari 1979 di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, Pahang.
2-Beliau adalah anak keempat dalam tujuh adik-beradik kepada pasangan pegawai polis berpangkat Koperal, Tarudin Ismail dan suri rumah dan peniaga, Siti Salmah Bachik.
[caption id="attachment_99872" width="800"] Kredit foto: Instagram ctdk[/caption]
3-Siti berasal daripada keluarga penggemar muzik. Adik-beradiknya, Saiful Bahri, Siti Norsaida dan Siti Nursairah juga bergelar penyanyi.
4-Datuknya, Bachik Abdul Rahman ialah seorang pemain biola yang terkenal manakala ibu beliau seorang penyanyi irama etnik.
5-Siti merupakan artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah apabila rekod beliau telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2001.
Baca juga: Penampilan istimewa Siti baca laporan cuaca dapat pujian ramai
Sumber: Instagram @ctdk
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan