Ayam masak cili kering mudah, manis, pedas pasti buka selera keluarga

Iklan
Ayam masak cili kering mudah, manis, pedas pasti buka selera keluarga

AYAM merupakan hidangan yang boleh dikatakan wajib ada di setiap rumah tak kiralah untuk makan tengah hari atau malam.

Terutamanya bila ada anak-anak yang tak minat pada ikan, daging dan seafood. Ayam memang jadi pilihan.

Iklan
Iklan

Kekadang ibu pun buntu juga fikir nak masak apa dengan ayam yang ada. Takkan asyik goreng dan goreng jer kan!

Goreng sudah, bakar sudah, sambal, kari, gulai, masak lemak pun sudah. Apa kata kali ini ibu cuba ayam masak cili kering.

Iklan

Resipinya simple dan mudah sangat nak buat. Tapi bila dah siap masak, makan dengan nasi putih fuh memang buat bertambah!

Bahan-bahannya;

Iklan

  • Ayam dipotong kecil
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu serbuk kari
  • 2 sudu serbuk kunyit
  • 3 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili Thai
  • Kicap lemak manis
  • Garam

Cuba juga Harum, lebih sedap! Ini resipi ayam goreng viral rangup di luar lembut di dalam

[caption id="attachment_103712" width="800"] Kredit foto: TikTok che_eda[/caption]

Cara membuatnya;

1. Gaul ayam bersama serbuk kari, kunyit, garam, halia dan bawang putih yang ditumbuk. Gaul sebati dan perap sekejap bagi meresap.

2. Goreng ayam sehingga masak, ketepikan.

Cuba juga Singkirkan lemak & kulit lebih glowing dengan dua bahan ni. Ibu hamil pun boleh amalkan sebagai suplemen!

3. Dalam minyak gorengan ayam, tumiskan bawang merah yang dihiris, cili kering dan daun kari. Kacau sehingga layu.

4. Masukkan ayam dan kacau sekata dengan tumisan tadi. Masukkan sos tiram dan sos cili Thai. Gaul rata. Bila elok sekata, percikkan kicap lemak manis untuk warna dan rasa. Gaul sebati.

Siap! Selamat mencuba!

Sumber: TikTok che_eda

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.