Harum, lebih sedap! Ini resipi ayam goreng viral rangup di luar lembut di dalam

BILA sebut ayam goreng, pasti sudah terbayang keenakan menu simple tu dijamah dengan nasi bersama lauk lain.

Ayam goreng adalah hidangan yang memang digemari pelbagai lapisan terutamanya golongan kanak-kanak.

Cara masakannya juga ada pelbagai, ada yang digoreng begitu sahaja bersama garam dan kunyit, malah ada yang menggunakan rempah. Tidak hairanlah ia mencuri selera ramai.

Bagaimanapun, satu resipi ayam goreng baru-baru ini menjadi viral di sosmed apabila seorang pengguna Facebook berkongsi satu teknik untuk mendapatkan aroma ayam yang sangat wangi dan lazat.

Mungkin masih ramai yang belum mengetahui teknik rahsia ini, sebenarnya dengan memasukkan bawang putih yang tidak berkupas kulit sewaktu menggoreng ayam kalian akan terkejut dengan hasilnya! Cubalah!

Menurut Affieyza Isahak, selepas mencuba dengan cara tersebut, ternyata hasil gorengan ayamnya menjadi sangat harum. Bahan-bahannya juga bukan serbuk kunyit dan garam seperit kebiasaan. Jom cuba!

Cuba juga Hanya guna 5 bahan jer untuk buat Popia Cendawan Enoki. Hasilnya memang ‘marvellous’

Kredit foto: Affieyza Isahak

Bahan-bahannya;

Kisar

  • 1 biji telur
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Bahan campuran lain;

Cara membuatnya;

1. Curah bahan-bahan kisar di atas ayam dan campurkan dengan bahan-bahan lain.

2. Gaul dengan ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi baik.

Iklan

3. Kemudian, goreng macam biasa.

Cuba juga Ayam bakar guna perencah nasi goreng, mudah, sedap dan jimatkan masa

Tip;

Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.

Iklan

Selamat mencuba!

Sumber: Affieyza Isahak via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.