Jadi pelat bukan dek lidah pendek ya. Ini puncanya...

Iklan
Untitled design (40)

TIADA manusia yang sempurna di muka bumi ini. Setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan serta keistimewaan diri masing-masing.

Pada saat kita ketawa dan sinis melihat kekurangan orang lain, jangan lupa diri kita juga barangkali lebih banyak kejelikan yang tidak disedari.

Iklan
Iklan

Pernah jumpa orang pelat? Lazimnya ia berlaku dalam kalangan si kecil. Akan tetapi, tak kurang juga yang dewasa pun mengalami masalah sama.

Kadang golongan inilah yang menjadi 'bahan' orang di sekeliling. Butir percakapan mereka diajuk, ada yang diejek dan tak kurang ditertawakan. Mengapalah 'kejam' sangat...

Iklan

Bukan dipinta, lazimnya pelat berlaku secara semulajadi dek masalah fizikal berkaitan seseorang yang tak dapat dielakkan? Justeru, 'berdosakah' pelat?

Menurut perkongsian MyHealth, pelat merupakan ‘kesalahan sebutan’ yang terjadi pada peringkat umur tertentu. Ia melibatkan masalah penghasilan bunyi (artikulasi) dan juga pola bunyi (fonologi).

Iklan

Yang pasti ia berkait dengan organ lidah.

Menurut Pengamal Perubatan Pergigian Kementerian Kesihatan, Dr Mohd Khairul Izwan, selain berfungsi untuk merasa makanan, lidah juga membantu kita untuk bercakap dan bertutur dengan baik.

Menurutnya, bagi individu yang pelat, lingual frenum/frenulum ini lebih panjang bentuknya sehingga terbentuk lebih ke hadapan daripada posisi yang sepatutnya. Dalam keadaan begini, lidah akan terlihat seolah-olah pendek dan menyebabkan pergerakannya menjadi terbatas.

Artikel berkaitan: Ramai masih tak sedar bahaya beri bayi 6 bulan ke bawah air masak, ini penjelasan doktor

Sebab itulah pada individu begini, sebutan mereka menjadi terganggu sehingga kita menggelarkan mereka sebagai pelat. Keadaan ini disebut sebagai"tongue tie” atau"ankyloglossia”, jelas Dr Khairul.

Tiada rawatan

Tambah beliau, tiada rawatan diperlukan jika keadaan ini tidak begitu mengganggu. Namun demikian, bagi sesetengah bayi yang lahir dengan tongue tie ini, mereka mempunyai kesukaran untuk menyusu.

Jika ini berlaku, maka pembedahan untuk memotong sedikit lingual frenum/frenulum ini diperlukan bagi memperbaiki posisi serta mengembalikan fungsi lidah mereka.

Semoga bermanfaat!

Pasti ramai yang belum tahu kan? -AG #rantaiankasih