PADA era moden ini masih ramai yang percaya dengan nasihat-nasihat ‘bidan’ tak bertauliah khususnya dalam penjagaan bayi bukan?

Dari segenap segi, banyak pendapat dan pandangan dikongsikan, termasuklah bab memberi minuman air masak kepada si kecil yang masih bayi.

Ya, ramai yang akur mendengar pandangan dan nasihat pakar perubatan bertauliah terutama berkaitan kanak-kanak.

Ironinya tidak kurang juga yang masih terpengaruh dengan pandangan ‘anasir luar’ yang boleh memudaratkan si kecil. Antara alasan diberikan:

Saya cuba elakkan 😔 tapi sedih bila ada org memandai bagi. Kononnya dia lebih berpengalaman , dh ada 6 org anak semua bagi air masak elok je hidup.. Tak boleh nak buat apa. Terpaksa redha dan harap baby takda apa 2

Dilemma utk ibu muda… sbb org tua biasanya akan bagi bby 6bln kebawah mnum air, kalo tak mula la sindir menyindir.. pastu ada pulak cakap “anak2 sy smua hidup ja, “..

Baby sy 2 buln..wktu dia ngis org duk kaitkn zmn dulu2 org bgi pisang lenyek ank diam..baby bgi kurma..bgi air masak..bgi tu bgi ni..sy senyum dan iyakan aje..ok2 nti sy bgi..mental kena kuat..sabar jla..malas sy nk berdebat..😂

Sebagai ibu, memang tak nak bagi. Tapi orang-orang yang lebih tua yang bagi. Nak tak nak kena laa redha huhu

Itu antara komen diberikan netizen di sebalik perkongsian Pegawai Perubatan Bahagian Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Dr Ahmad Luqman Bukhari tentang bahaya memberikan bayi yang berusia di bawah umur enam bulan minum air masak.

Menurut Dr Ahmad Luqman, baru-baru ini beliau ada ditanyakan pandangannya tentang memberi bayi bawah enam bulan minum air masak. Katanya ada yang memberitahu ia disebabkan ‘takut baby lapar tak cukup susu’.

Allah..terkedu kejap saya masa baca soalan dia tu.

“Terus terlintas kat fikiran satu kes baby ni yang meninggal kat luar negara beberapa tahun lepas. Puncanya disebabkan komplikasi serius akibat water intoxication.

“Saya pun cepat-cepatlah terangkan balik kat dia. Sebenarnya bukan air masak je, apa-apa jenis minuman selain susu ibu dan susu formula kita tak boleh suap pada baby berusia bawah 6 bulan!,” katanya.

Mengapa tidak boleh beri bayi di bawah usia enam bulan minum air masak? Terang beliau, air masak itu nanti akan menyebabkan:

1. Bayi kita tu jadi tak berminat nak minum susu.

Iklan

2. Tak mengandungi sebarang kalori untuk mengisi perut bayi.

3. Buah pinggang bayi masih belum matang dan tak akan mampu nak proses cecair yang terlalu banyak dalam badan.

Menurutnya, disebabkan itu bayi yang mengalami keadaan terlebih minum air masak itu akan menunjukkan gejala:
– muntah-muntah
– mengantuk
– tubuh badan si kecil tu kelesuan
– berpeluh secara melampau
– suhu badan jadi rendah atau
– jumlah kencing berlebihan.

Ada jugak kes dilaporkan tubuh badan dan muka baby jadi membengkak.

“Tapi paling menakutkan ialah bila otak pun turut membengkak sebab selalunya keadaan macam ni memang risikonya tinggi untuk berakhir dengan kematian.

Iklan

“Tolong sebarkan info penting ni pada kawan-kawan kita yang lain ye. Saya rasa bukan kawan saya tu je, ada ramai lagi pasangan yang baru jadi ibu bapa masih tak tahu tentang info ni,” kongsi Dr Ahmad Luqman di Facebooknya, semalam.

Memang menakutkan juga kesan air masak yang diberi minum pada bayi bawah usia enam bulan bukan?

Nasihat SinarPlus lebih baik ibu bapa mengambil langkah berjaga-jaga. -AG #rantaiankasih