Kebas tangan masa bangun tidur? Mungkin petanda untuk 5 masalah kesihatan ini
RASA kebas atau kesemutan ketika bangun tidur biasanya berlaku ketika salah satu bahagian tubuh tertindih ketika tidur.
Ini disebabkan peredaran darah yang tidak lancar kerana tekanan pada saraf.
Tapi dalam kes tertentu, kebas ketika bangun tidur juga boleh menjadi tanda penyakit yang tidak boleh diabaikan.
Kebas yang hanya terjadi sesekali adalah perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan.
Bagaimanapun keadaan itu boleh membimbangkan jika ia kerap terjadi dan boleh menjadi petanda beberapa penyakit termasuklah;
1. Carpal Tunnel Syndrome
Penyakit ini disebabkan oleh tekanan pada saraf utama di bahagian depan pergelangan tangan.
Selain kerap kebas ketika bangun tidur, gejala lain penyakit ini adalah cengkaman tangan jadi kurang kuat dan mudah lenguh.
Baca juga Ramai pesakit masuk hospital demam panas, ini pesan doktor untuk ibu ayah bila anak sakit
[caption id="attachment_95261" width="800"] Gambar fail.[/caption]
2. Spondylosis Serviks leher
Penyakit ini disebabkan cengkaman tulang belakang pada bahagian leher. Biasanya, masalah kesihatan ini sering terjadi dalam kalangan orang tua.
Selain kesemutan, tanda-tanda lain Spondylosis Serviks leher adalah tengkuk menjadi kaku selain kaki hilang sensasi.
3. Neuropati Perifer
Ia adalah sejenis penyakit yang disebabkan kerosakan pada sistem saraf. Saraf ini bertugas menerima dan mengirim signal di antara sistem saraf utama dan tubuh.
Gejala neuropati perifer yang biasa adalah sering mengalami kesemutan terutamanya ketika bangun pada waktu pagi, tubuh berasa sakit ketika bangun dan telinga berdengung.
4. Diabetes
Diabetes adalah penyakit kronik yang menyebabkan gula dalam darah tinggi. Keadaan ini terjadi ketika tubuh tidak efektif memberi respons terhadap insulin.
Salah satu gejala penyakit itu adalah kebas, tubuh berasa sengal selain kehilangan deria rasa dan sentuhan pada kaki.
5. Kekurangan vitamin B12
Vitamin B12 berguna untuk memastikan otak dan saraf berfungsi dengan baik. Kekurangan vitamin B12 boleh disebabkan masalah kesihatan seperti gastrik dan penyakit autoimun.
Gejala kekurangan vitamin B12 antara lain anggota badan kebas, sakit sendi dan otot serta nafsu makan menurun.
Sementara itu, bagi merawat kebas tangan, ia perlulah melihat kepada punca yang menyebabkannya berlaku.
Namun bagi kebas tangan yang jarang berlaku atau disebabkan oleh postur tidur yang salah, anda tidak memerlukan sebarang rawatan khas.
Justeru, usah risau, ikuti cara menghilangkan kebas tangan ini;
1. Senaman untuk tangan kebas
Jika anda melakukan senaman khusus bagi merawat sindrom Carpal tunnel, ia boleh membantu anda mengurangkan simptom yang dialami selain menguatkan otot anda.
Selain itu juga, senaman seperti aktiviti regangan dan postur senaman tertentu boleh mengurangkan simptom spondylosis serviks.
2. Ubat-ubatan
Anda juga boleh mengambil ubat antiradang yang bukan steroid seperti ibuprofen atau aspirin.
Ubat-ubatan seperti ini boleh membantu mengurangkan kesakitan yang bersifat ringan yang berlaku pada leher, tangan dan juga bahagian tubuh yang lain.
3. Gunakan splints atau wrist guard
Anda juga disarankan untuk menggunakan wrist guard bagi membantu pergelangan tangan anda menjadi lurus.
Ia secara tidak langsung akan mengurangkan tekanan pada saraf median tangan anda.
Anda boleh menggunakan wrist guard ini sewaktu melakukan tugasan berulang seperti menggunakan komputer.
4. Ubat topikal
Penggunaan krim capsaicin atau tampalan lidocaine pada kulit boleh membantu melegakan kesakitan yang bersifat ringan dan juga kesakitan akibat kerosakan saraf periferal.
Ubat topikal seperto Biofreeze juga membantu melegakan kesakitan akibat Sindrom Carpal tunnel.
Baca juga 12 fakta demam babi Afrika berbahaya hingga Pulau Pinang isytihar bencana
[caption id="attachment_98601" width="800"] Kredit foto: Polina Tankilevitch[/caption]
5. Ambil vitamin B12
Kekurangan vitamin B12 juga boleh menyebabkan kebas pada tangan. Oleh itu, anda disarankan untuk mengambil suplemen vitamin B12.
Selain itu, anda juga digalakkan untuk mengambil sumber makanan yang kaya dengan vitamin B12 seperti ikan salmon, telur dan juga hati.
6. Pembedahan boleh ubati tangan kebas
Bagi sesetengah keadaan kekebasan yang teruk, pembedahan perlu dilakukan.
Ini termasuklah keadaan saraf termampat yang disebabkan oleh Carpal Tunnel, TOS atau sista ganglion.
Namun, jika kebas tangan yang dialami tersebut berlaku dalam jangka masa panjang, segeralah berjumpa dengan doktor.
Selain itu juga, anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya turut alami kekebasan pada kawasan lain tubuh badan anda.
Ini untuk memastikan anda tidak mengalami sebarang komplikasi lain yang lebih serius yang tidak anda ketahui.
Sumber: Dr Zubaidi Ahmad, Hello Health
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.