BANTUAN Awal Persekolahan atau ringkasnya BAP diterima semua murid semua sejak 17 Januari 2023 lalu.
RM150 setiap seorang cukup sedikit sebanyak menampung keperluan perbelanjaan sekolah terutama persiapan untuk memasuki semester baharu Mac nanti.
Namun lain pula dengan kanak-kanak ini yang ingin menggunakan wang tersebut sebagai tabungan untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun.
Baca juga: Kronologi RM109,000 Bantuan Awal Persekolahan lesap, guru besar patut diiring
Warga maya rata-rata memuji dan mendoakan agar cita-cita anak kecil itu melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit itu menjadi kenyataan.
-"Moga tercapai cita-cita adik."
-"Saya doakan semua cita-cita Uwais dan akak jadi kenyataan, aamiin."
-"Semoga cita-cita anak akak tercapai Insya-ALLAH."
-"Semoga tercapai!"
Bantuan Awal Persekolahan 2023 kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana semua pelajar layak menerima tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.
Bantuan Awal Persekolahan mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.
Mensasarkan murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5, BAP sebelum ini ia mengehadkan penerima daripada kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.
Semoga bantuan ini dapat membantu ibu bapa menyediakan keperluan persekolahan kepada anak-anak sekali gus meningkatkan tahap pendidikan ke arah lebih cemerlang dan memperbaiki taraf kehidupan pada masa hadapan.
Sumber:" target="_blank" >Pja Chan, MOE
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi