BANTUAN Awal Persekolahan (BAP) sedang diagihkan pihak sekolah bermula 16 Januari 2023. Tapi lain pula halnya sebuah sekolah di Beranang, Ulu Langat, Selangor apabila peruntukan BAP berjumlah RM109,000 dipercayai disamun penjenayah.

Wang yang sepatutnya diterima murid yang memerlukan kini jatuh ke tangan orang tidak bertanggungjawab. Bagaimana ia terjadi? Berikut kronologi kejadian:

1-Wang dipercayai dikeluarkan dari sebuah bank oleh pengetua sekolah berkenaan di Pekan Semenyih pada jam 10 pagi itu sepatutnya diagihkan kepada pelajarnya pada Selasa (17 Januari).

2-Lepas mengeluarkan wang, dia menuju ke arah kenderaannya yang terletak kira-kira 30 meter dari bank.

3-Difahamkan wang yang diisi ke dalam sebuah beg itu diletakkan di bawah kerusi penumpang hadapan.

Baca juga: Berita baik, Bantuan Awal Persekolahan RM150 semua layak tak mengira pendapatan ibu bapa, 5 info mak-mak perlu tahu

4-Guru besar bertugas di sebuah sekolah rendah berusia 50 tahun berkenaan kemudian ke kedai makanan bersebelahan bank untuk membeli minuman.

5-Sekembali ke kenderaannya, dia mendapati cermin penumpang telah pecah dan wang tersebut telah hilang.

6-Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

7-Polis giat mengesan suspek. Kepada individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis terdekat.

Baca juga: Berita baik! Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dikreditkan 17 Januari, 10 info perlu tahu

Gambar hiasan (Kredit foto: Unsplash)

Untuk pengetahuan anda, bagi tahun 2023 ini semua murid tanpa mengira status pendapatan ibu bapa akan menerima bantuan bernilai RM150 seorang bagi meringankan beban ibu bapa membuat persediaan sesi baru persekolahan tidak lama lagi.

TATACARA PENGELUARAN WANG TUNAI

Semakan SinarPlus berkaitan garis panduan BAP kepada murid mendapati fakta seperti di bawah:

1-Tatacara pengeluaran wang tunai daripada bank oleh pihak sekolah mestilah selamat dan mematuhi peraturan kewangan semasa.

2-Pihak sekolah hendaklah mematuhi kaedah pengeluaran wang tunai seperti berikut:

Iklan

i-Pengeluaran wang tunai sehingga RM10,000.00 oleh pengetua/guru besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru; atau

ii- Bagi pengeluaran wang tunai melebihi RM10,000.00, pengetua/guru besar adalah dinasihatkan mengambil langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan eskot polis jika perlu berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137) mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan.

3-Pejabat Pendidikan Daerah Perlu menyelaras keperluan eskot polis bagi sekolah-sekolah yang memerlukan untuk urusan pengeluaran dana yang melebihi RM10,000.

4-Bahagian/ Jabatan pendidikan negeri perlu menyenaraikan sekolah-sekolah yang memerlukan perkhidmatan eskot polis bagi urusan pengeluaran wang melebihi RM10,000 dan membuat permohonan perkhidmatan tersebut kepada Ketua Polis Negeri secara rasmi.

Baca juga: Makanan yang dijual di sekolah punca anak-anak hidap kencing manis? Ini kata pakar

Iklan

Sumber: moe.gov.my (Garis Panduan Bantuan Awal Persekolahan Kepada Murid di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan)

Kredit foto utama: Freepik 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi