Lato-lato tengah trend, ini negara haramkan rakyatnya bermain

Iklan
lato-lato latto latok

LATO-LATO? Apa benda tu? Clackers atau dikenali juga latok-latok. Viral di TikTok ramai yang berkongsi video bermain lato-lato.

Nampaknya golongan kanak-kanak di negara kita pun sudah ramai mula meminati permainan tersebut.

Iklan
Iklan

Tek-tek, tuk-tuk bunyinya, menggunakan dua biji bola keras yang diikat dengan seutas tali, di tengah-tengah tali ada sebentuk key-ring untuk dimasukkan jari pemain.

Cara nak main hanya dengan menghayunkan dua biji bola tersebut untuk mengetuk satu sama lain hingga keluar bunyinya, tak kisahlah diayun secara perlahan atau laju-laju. Itu jer, kadang nampak macam bahaya boleh terkena kepala.

Iklan

Dari mana sebenarnya lato-lato [Beli di sini] ni? Ada yang kata Indonesia rupanya ia berasal daripada Amerika Syarikat (AS) sejak tahun 1968 lagi.

Kemudian ia tersebar ke serata Eropah hingga dikenali dengan bermacam-macam nama lain.

Iklan

Bolanya diperbuat daripada pelbagai jenis bahan, ada yang guna kaca atau akrilik, plastik dan juga kayu.

Nampak senang nak main tapi sebenarnya memerlukan kemahiran untuk menghayunkan bola-bola supaya keluarkan bunyi.

Kalau tersilap gaya, boleh cedera hingga memudaratkan pemain dan orang di sekitarnya.

Baca juga Terlalu taasub main permainan online dalam telefon bimbit, ini implikasi buruk yang perlu ramai tahu

[caption id="attachment_105006" width="800"] Kredit foto: ANTARA FOTO/YULIUS SATRIA WIJAYA[/caption]

Namun tahukan anda, permainan tersebut turut diharamkan di tiga negara atas sebab-sebab tertentu seperti;

1. Amerika Syarikat

Oleh kerana ada kanak-kanak yang cedera bermain lato-lato, kerajaan AS mengambil keputusan untuk mengharamkan rakyatnya bermain sejak 1971 lagi.

Permainan ini dianggap bahaya kepada kanak-kanak dan bising sehingga mengganggu telinga.

2. England

Permainan lato-lato sudah lama dilarang di England sejak tahun 70-an lagi kerana dianggap seperti senjata.

Pada masa itu terdapat kanak-kanak di sekolah mengalami kecederaan patah tangan berpunca dari bermain lato-lato.

3. Mesir

Nama lato-lato dipanggil Sisi Ball di Mesir.

Mesir melarang rakyatnya bermain lato-lato sejak tahun 2017 kerana Sisi Ball itu dianggap seperti menghina atau mengejek Presiden Mesir, Abdul Fattah El-Sisi kerana ia seperti merujuk kepada alat kemaluan presiden Mesir tersebut.

Pun begitu, walaupun nampak bahaya, bermain lato-lato [Beli di sini] juga boleh memberi manfaat kepada kanak dari segi;

1. Melatih kemampuan dasar sistem motorik menggunakan gerakan tangan.

2. Meningkatkan kepercayaan diri anak kecil ketika bermain dengan rakan-rakan.

3. Mencerdaskan fikiran dan mengajar anak kecil ketika mengendalikan emosi.

Baca juga Sempat tinggal pesan sayang ibu ayah, remaja 14 tahun maut terjatuh permainan ‘fun fair’ setinggi 430 kaki

4. Melatih keseimbangan otot tangan dan tubuh.

5. Meringankan stres dan memberi ketenangan fikiran kepada yang alami anxiety.

6. Memupuk semangat persaingan sihat.

7. Melatih kesabaran ketika mempelajarai permainan.

Dengan bermain lato-lato itu juga, anak-anak boleh kurang bermain telefon pintar sebab ada benda menarik untuk mereka buat.

Kalau dulu kita gigih main yo-yo, sekarang pula tengah trending lato-lato.

Terpulanglah pada ibu bapa untuk membenarkan atau tidak anak bermain lato-lato. Mungkin okey dengan pemerhatian ibu bapa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.