Mudahnya buat mi kuning sendiri guna 4 bahan, hiris dengan pisau je tak perlu mesin

Iklan
Mudahnya buat mi kuning sendiri guna 4 bahan, hiris dengan pisau je tak perlu mesin

Mudahnya buat mi kuning sendiri guna 4 bahan, hiris dengan pisau je tak perlu mesin

BILA sebut sahaja mi kuning, pasti penggemarnya sudah terbayangkan mi goreng basah dimakan panas-panas kan? Aduhai sedapnya!

Iklan
Iklan

Malangnya tiba masa tekak rasa nak makan, bahannya pula tiada. Nak keluar membeli ke kedai pun malas kan.

Jadi, inilah masanya untuk kalian mencuba buat mi kuning sendiri di rumah.

Iklan

Rupanya senang sangat nak membuatnya. Yang paling penting tidak menggunakan bahan pengawet seperti asid borik, air kapur mahupun perasa tambahan.

Hanya perlu menggunakan empat bahan utama yang mudah untuk didapati iaitu tepung gandum, garam, telur dan air suam.

Iklan

Cara membuatnya memang mudah sangat tak perlu pakai mesin, hiris je menggunakan pisau.

Selain itu mi kuning kita juga sudah pasti dijamin lebih bersih, selamat dan suci bila dibuat sendiri.

Bahan-bahannya;

  • 300 gram tepung gandum
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • Air suam

Cuba juga Cara mudah buat apam puri guna cawan, inti lebih lembut dan gerenti sedap

[caption id="attachment_105016" width="800"] Kredit foto: FB Norain Naim[/caption]

Cara membuatnya;

1. Satukan semua bahan dan tambah air suam. Air ni agak-agak je sampai doh tak lekit dekat tangan. Jangan over air nanti lembik. Kalau lembik tambah sikit lagi tepung.

2. Uli doh dan canaikan bagi nipis senipis mungkin.

3. Masa canai nipis tu tabur taburkan tepung sikit supaya tak melekat. Dah canai nipis, lipat kan dia. Lipat tu untuk mudah potong. Kalau yang ada mesin tak yah lipat.

4. Ok dah boleh potong nipis-nipis. Guna pisau saja. Ikut masing-masing nak nipis mana.

Cuba juga Sedapnya mi goreng mamak! Menu simple boleh buat berbuka, sahur

[caption id="attachment_105025" width="800"] Kredit foto: FB Norain Naim[/caption]

5. Rebus 5 minit atau sampai mi nya lembut. Toskan mi tadi dalam air sejuk atau berais. Jika tak nak mi terlebih kembang letakkan minyak sikit bagi mee cantik berderai.

Dah siap mi kuning, bolehlah buat mi goreng, sup, mee kari dan sebagainya. Senang kan?

Tip: Jika nak mi berwarna kuning boleh letak sedikit serbuk kunyit.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Norain Naim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.