KALAU kita tengok apam puri, sekali pandang tak ubah seperti karipap.

Cuma bezanya adalah kulitnya yang lembut dan inti apam biasanya menggunakan campuran jagung dan tepung kastard.

Satu lagi, kuih tradisional tersebut juga jarang-jarang sekali dijual di kedai, kalau terjumpa memang bertuahlah.

Berkongsi mengenai penyediaan sajian berkenaan, Nooridah Harun melalui hantaran di Facebook tidak kedekut share tip mudah.

Hanya menggunakan sukatan cawan metrik, resipi aduan kuih apam purinya lebih mudah disediakan dan tak renyah langsung.

apam puri

Berikut cara penyediaan apam puri yang dikongsikan beliau:

Bahan untuk inti

1 cawan santan (guna jenama Kara) [BELI DI SINI]

apam puri1 cawan tepung gandum [BELI DI SINI]
3 1/2 cawan air
3/4 cawan gula (kalau nak manis lagi bubuh 1 cawan)
1 sudu kecik garam

apam puri3 sudu besar tepung kastard [BELI DI SINI]
3 sudu besar jagung tin [BELI DI SINI]

Baca juga Tak pandai masak pun boleh buat. Hanya guna tiga bahan, kuih Apam Baghdad boleh buat mak mertua sayang

apam puriSedikit perisa jagung
Pewarna kuning

Cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga sebati.
2. Masak adunan dengan api kecil sehingga bertukar warna berkilat.

Tip: Jika aduan lembik, jangan bimbang kerana bila sejuk nanti ia akan keras.

Baca juga Apam lenggang ‘terlajak ranggup’ peram adunan lama rahsia juadah padu

Bahan untuk kulit:
2 cawan air

Iklan

apam puri2 cawan tepung gandum [BELI DI SINI]
1 biji telur
1 sudu kecil double action/baking powder [BELI DI SINI]

apam puriSedikit garam
Pewarna kuning atau hijau

Cara penyediaan:
1. Campurkan semua aduan.
2. Perap selama 10 hingga 15 minit untuk dapatkan lubang kecil pada kulit.
3. Masak di atas pan.
4. Kulit yang dah siap, sejukkan dulu.
5. Letak inti dan tekap kulit menggunakan acuan karipap.
6. Siap untuk dihidang.

apam puri

apam puri

Iklan

Mudah jer nak buat kuih apam puri,kan? Paling penting, bahan-bahan yang diperlukan memang senang nak dicari.

Jadi, bolehlah kalian cuba dan jadikan menu santapan petang buat seisi keluarga sempena cuti hujung minggu.

Kalau dah siap, sharelah kat ruangan komen kami.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.