Alhamdulillah, Menu Rahmah RM5 makan tengah hari dan malam di 15,000 premis, 15 info perlu tahu

Iklan
2

MENU Rahmah yang menjadi bualan ramai akhirnya menjadi kenyataan. Syukur Alhamdulillah, program ini direalisasikan ketika rakyat bergelut dengan harga makanan yang semakin meningkat.

Kini orang ramai daripada golongan miskin tegar dan memerlukan boleh mendapatkan sajian makan tengah hari dan malam khas pada harga serendah RM5.

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_105383" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]

Baca juga: Berita baik! Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dikreditkan 17 Januari, 10 info perlu tahu

Iklan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) menerusi laman sosial rasminya berkongsi maklumat lanjut berkenaan Menu Rahmah seperti berikut:

Iklan

 

2-KPDNKSH berharap dengan tawaran harga menu yang sangat berpatutan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

3-Menu Rahmah ini merupakan kerjasama sinergi antara kerajaan bersama pemain industri makanan dan minuman yang akan diperluaskan di seluruh negara dalam masa terdekat.

4-Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub merasmikan Menu Rahmah di Pasar Raya MYDIN Subang Jaya, Selangor.

5-Menu Rahmah satu inisiatif baharu dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat. Ia hasil libat urus industri bersama wakil-wakil persatuan restoran seperti Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors General Association (MCSPGA), Bumiputra Retailers Organization (BRO), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan Malaysia Retailers Association (MRA).

Baca juga: Comelnya! Dapat Bantuan Awal Persekolahan RM150, reaksi kanak-kanak buat ibu terkejut

7-Salahuddin berkata daripada pemerhatian terdapat peniaga yang prihatin dengan mempelbagaikan menu lain seperti mi goreng, kuetiau goreng, rojak, roti John dan shawarma.

8-Untuk memudahkan rakyat yang disasar, KPDNKSH akan meletakkan pelekat atau simbol Menu Rahmah di premis yang terlibat.

9-Salahuddin berkata program tersebut akan dijalankan secara berterusan selagi ia mendapat kerjasama daripada premis yang bersedia memberikan perkhidmatan.

10-Sekiranya pengusaha premis tidak boleh mengekalkan (harga menu), boleh beritahu KPDN supaya perbincangan boleh dibuat dari semasa ke semasa. Menurut Salahuddin setakat ini, mereka boleh laksanakan harga menu RM5 itu.

11-Selain itu, beliau tidak fikir ada golongan (selain miskin tegar dan golongan memerlukan) yang akan mengambil kesempatan terhadap pelaksanaan Menu Rahmah ini kerana mereka ada pilihan makanan lain.

Baca juga: 5 destinasi makanan laut celup tepung viral, RM10 satu pinggan memang cukup berbaloi

13-Selain Menu Rahmah, Bakul Rahmah, Pakej Harga Barang Rahmah dan Kafe Rahmah akan cuba diselesaikan KPDNKSH selewat-lewatnya pada akhir Mac ini.

14-Bakul Rahmah disasarkan untuk diberi kepada golongan keluarga miskin tegar setiap bulan manakala Pakej Harga Barang Rahmah bakal meliputi 12 barang keperluan asas yang boleh dibeli pada harga ditetapkan.

15-Inisiatif Kafe Rahmah pula akan dibuat di universiti tempatan bermula di Kuala Lumpur merangkumi sarapan pagi dan makan tengah hari percuma sementara makanan malam akan ditawarkan dengan diskaun hingga 50 peratus.

Baca juga: [VIDEO] Seronok berkongsi rezeki, pemuda ini murah hati beri percuma hasil kebun tepi rumah

Sumber: KPDN, Bernama

Kredit gambr utama: Pixabay

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.