BANTUAN Awal Persekolahan atau ringkasnya BAP diterima semua murid semua sejak 17 Januari 2023 lalu.

RM150 setiap seorang cukup sedikit sebanyak menampung keperluan perbelanjaan sekolah terutama persiapan untuk memasuki semester baharu Mac nanti.

Namun lain pula dengan kanak-kanak ini yang ingin menggunakan wang tersebut sebagai tabungan untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Baca juga: Kronologi RM109,000 Bantuan Awal Persekolahan lesap, guru besar patut diiring

“Pergi sekolah Uwais untuk terima RM150 Bantuan Awal Persekolahan.

“Uwais kata dia nak simpan dalam bank untuk tabung sambung belajar di Jepun. Umur baru tujuh tahun cita-cita dah tinggi anakku ni.

“P/S: Terima kasih kerajaan atas duit BAP ni,” katanya.

Warga maya rata-rata memuji dan mendoakan agar cita-cita anak kecil itu melanjutkan pelajaran ke negara matahari terbit itu menjadi kenyataan.

-“Moga tercapai cita-cita adik.”

-“Saya doakan semua cita-cita Uwais dan akak jadi kenyataan, aamiin.”

-“Semoga cita-cita anak akak tercapai Insya-ALLAH.”

-“Semoga tercapai!”

Baca juga: Berita baik, Bantuan Awal Persekolahan RM150 semua layak tak mengira pendapatan ibu bapa, 5 info mak-mak perlu tahu

Bantuan Awal Persekolahan 2023 kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana semua pelajar layak menerima tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Bantuan Awal Persekolahan mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Mensasarkan murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5, BAP sebelum ini ia mengehadkan penerima daripada kalangan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.

Semoga bantuan ini dapat membantu ibu bapa menyediakan keperluan persekolahan kepada anak-anak sekali gus meningkatkan tahap pendidikan ke arah lebih cemerlang dan memperbaiki taraf kehidupan pada masa hadapan.

Baca juga: Sedia siap-siap baju sekolah, baju raya.Dua perbelanjaan besar tahun depan, ibu bapa kena berhemah dalam berbelanja!

Sumber: Pja Chan, MOE

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi