Hati-hati main lato-lato jangan bengkak dan lebam, doktor pesan tip keselamatan elak cedera

Iklan
2

PERMAINAN kanak-kanak dari seberang, lato-lato kini sedang trending. Tidak mengambil masa yang lama, permainan yang berasal daripada bahasa suku Bugis kajao-kajao itu makin mendapat sambutan di negara kita.

Masakan tidak, jika pergi ke mana-mana taman permainan,ada sahaja kanak-kanak memainkannya. Malah di laman sosial ia juga makin tular.

Iklan
Iklan

Tidak salah bermain alat permainan ini kerana ia boleh meningkatkan koordinasi tangan dan bermanfaat kepada perkembangan anak-anak. Namun aspek keselamatan juga perlu dititikberatkan.

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi beberapa info penting dan tip keselamatan yang boleh dipraktikkan.

Iklan

"Sekarang dah masuk Malaysia. Mana saya tahu? Sebab minggu ini dah ada satu kes datang ke klinik saya sebab kecederaan akibat main lato-lato.

"Seorang kanak-kanak telah bengkak dan lebam teruk di batang hidungnya terkena pemberat lato-lato,” kongsinya.

Iklan

Baca juga: Lato-lato tengah trend, ini negara haramkan rakyatnya bermain

Katanya lato-lato mempunyai dua (ladung) pemberat dan diikat dengan tali.

Cara bermainnya memerlukan individu menghayun kedua-dua pemberat ini agar ia bertembung antara satu sama lain di bawah dan atas tangan. Lagi laju ia dihayun maka ia dianggap hebat.

Maka, jika silap hayun, ada risiko ladung laot-lato tidak bertembung sesama sendiri lalu terkena anggota tubuh.

Dr Kamarul berkata tidak salah untuk main lato-lato cuma perlu berhati-hati. Ibu bapa perlu memastikan anak bermain dengan cara yang selamat dan berpesan agar:

1. Tidak menghayun lato-lato separas atau berhampiran muka. Hayun rendah atau jauh ke hadapan sedikit.

2. Tidak bermain terlalu dekat dengan orang lain, atau di tempat orang lalu lalang. Bimbang terkena orang.

3. Tidak menghayun atau mencampak lato-lato ke arah orang lain. Kena tegah dengan tegas hal ini.

Baca juga: Bahaya tali layang-layang setajam pisau cukur, enam maut leher terkelar termasuk kanak-kanak

[caption id="attachment_105005" width="800"] Kredit foto: Kliktimes.com[/caption]

4. Berhati-hati dengan tali lato-lato. Memandangkan ia dililit pada jari, maka jangan sampai terjerut pula.

Seperti yoyo, gasing, kendama atau apa-apa permainan yang mempunyai pemberat yang dihayun, lato-lato mempunyai potensi menyebabkan kecederaan.

Maka ibu bapa perlu memantau anak-anak apabila bermain lato-lato.

Public Health Malaysia juga menyenaraikan beberapa kebaikan bermain lato-lato iaitu antaranya mengurangkan ketagihan gajet, merangsang kemampuan motor, meningkatkan fungsi koordinasi, melatih fokus dan meningkatkan hubungan emosi dan sosial.

Bagaimanapun ia juga mempunyai keburukan iaitu pemainnya berisiko tercedera pada tangan dan muka, terjerut leher, cedera mata dan pencemaran bunyi.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Nampak kelakar rupanya bahaya, kucing terjelir nak muntah dengar bunyi sikat boleh sawan!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.