Nampak kelakar rupanya bahaya, kucing terjelir nak muntah dengar bunyi sikat boleh sawan!

KUCING haiwan kesayangan yang popular. Setia dan manja, bulunya yang gebu dan lembut membuatkan ia enak dipeluk. Kecomelan juga membuatkan si ‘meow’ terus menawan dan disayangi.

Tidak hairanlah kucing adalah haiwan peliharaan kedua paling digemari di dunia selepas anjing.

Kredit foto: Pexels

Mungkin ada yang pernah ternampak kucing terjelir seakan nak muntah selepas sikat rambut digosok.

Dr Salehatul Khuzaimah M.Ali, Serv-U Veterinary Clinic and Surgery

Menerangkan kepada warganet, doktor veterinar, Dr Salehatul Khuzaimah M.Ali atau lebih dikenali sebagai Dr Ima berkata ia adalah ‘gagging-reflex’.

“Kenapa kucing macam nak muntah (gagging-reflex) bila dengar bunyi sikat? Nampak kelakar kan? Tapi? Haaa.. tonton sampai habis OK,” katanya.

Dr Ima menerangkan keadaan begitu tidak terhad kepada bunyi sikat je, respons kucing bergantung kepada jenis objek yang bergetar atau ‘rattling’.

Kredit foto: Pexels

“Benda macam aluminium foil yang digumpal atau direnyukkan, ia sebenarnya ‘trigger’ perkara dinamakan ‘Yahtzee-Barf’ behaviour. Ia dinamakan ‘audiogenic reflex seizure’ pada kucing, boleh ‘trigger’ sawan pada keadaan tertentu.

“Keadaan ini sama macam kita berasa ngilu mendengar sudu berlaga, cakaran kuku pada dinding, menulis menggunakan pen marker pada ‘white board’ dan sebagainya. Lebih kurang begitulah ‘perasaan’ kucing.

“Sesetengah orang akan melihat video kelakar dan comel tapi sebenarnya ia tidak lucu langsung. Kucing boleh ‘suffer’. Sama macam kita, mesti rasa tidak selesa dan minta orang berhenti buat bunyi itu,” kata Dr Ima.

Kredit foto: Pexels

Pemilik Serv-U Veterinary Clinic & Surgery menjelaskan puncanya pendengaran kucing sangat sensitif kepada bunyi berfrekuensi tinggi dan frekuensi unik bunyi sikat.

“Bunyi sikat itu ‘trigger’ larinks atau kotak suara kucing menyebabkan ia bergetar.

“Jadi benda itulah yang cetuskan ‘gagging-reflex’ jadi macam nak muntah, ‘drooling’ atau meleleh air liur dan sebagainya. Tolong jangan buat begitu kepada kucing anda. It’s not funny actually OK,” kata Dr Ima.

Dr Ima mengingatkan jika kucing anda menunjukkan simptom abnormal, bawa ia ke klinik untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

Netizen rata-rata yang baharu mengetahui berkenaan ‘Yahtzee-Barf behaviour’ teruja dengan penerangan Dr Ima.

Iklan

-“Saya sendiri stres dengar bunyi tertentu. Sebab sakit dekat telinga bila ngilu. Ingat funny, nope tak betul. it’s not funny.”

-“Ohhh , never expect this was the reason kucing respond macam tu .Interesting to know la doc.Thanks for sharing.”

-“Kucing saya pun kalau buka ‘selotep’ dia macam ngilu. Thanks for the info doctor.”

Iklan

-“Nasib baik saya tak pernah buat macam tu. Kesian nampak kucing terseksa. Ya lah rasa ngilu ni boleh buat gaduh.”

Sumber: dr.ima_vet

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.