HALIA rempah yang wajib ada di dapur. Kebanyakan masakan kita menggunakan halia sebagai untuk mewangikan. Sup, kari, nasi lemak dan sesetengah kuih muih memerlukan halia sebagai bahannya.
Daripada beli di kedai, apa kata tanam sendiri tumbuhan daripada famili Zingiberaceae ini. Pokoknya yang mudah dijaga, hanya perlu disiram dan dibaja untuk mendapatkan hasil yang lumayan.
Anda boleh menggunakan cara yang digunakan Irma Sheky. Daripada seketul halia tua sebesar tapak tangan, hasilnya besar-besar dan segar! Berbaloi untuk dicuba.
Baca juga: Batuk berkahak tak reda-reda, pakar otak saran minum teh campuran halia, bunga cengkih
Cara tanam halia dalam pasu
1-Sediakan pasu besar (yang boleh memuatkan lima hingga enam beg tanah).
2-Isikan empat beg tanah 3 in 1 (yang boleh dibeli di nurseri). Atau anda boleh campur separuh daripadanya dengan tanah hitam.
3-Beli halia tua. Cari halia jenis besar baruuntuk mendapatkan halia yang besar. Kalau tanam halia kecil biasanya masa lebih lama diperlukan untuk menunggu dapat hasil yang besar.
4-Kerat halia lebih kurang tiga inci panjang dan tanam ia sedalam setengah jengkal daripada permukaan tanah.
5-Jadikan dua ketul rizom halia untuk satu pasu besar Mr DIY.
6-Pastikan ia mempunyai jarak satu jengkal antara kedua-duanya.
7-Tanamkan ia secara ‘terbaring/terlentang’ supaya lebih banyak tunas terhasil nanti.
8-Siram dua kali sehari. Pastikan tanah tidak bertakung air. Ikuti rutin ini sehingga daunnya naik lebih kurang dua kaki.
9-Kemudian baru tambah satu lagi beg tanah untuk penuhkan dalam pasu.
Baca juga: Halia boleh cegah kuman, kuatkan imunisasi tubuh
TIP DAUN HALIA CEPAT TUMBUH
Irma mempunyai cara tersendiri agar pokok halianya ditumbuhi daun dengan cepat.
"Ini pula cara saya supaya daunnya cepat naik meninggi. Bila umur sudah tiga bulan, boleh kurangkan siraman kepada satu kali sehari. Asalkan daunnya tak kering.
"Boleh siram menggunakan air basuhan ikan, air basuhan beras, kulit bawang, kulit telur kering, nasi dingin atau tanamkan perut ikan. Paling kerap gunakan baja sisa dapur ni dua kali seminggu sahaja,” kongsi Irma.
Setelah pokok membiak hasilnya boleh dituai, Tapi jangan terburu-buru.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi