Promosi nasi lemak 90 sen, ada anggap tawaran Pak Mat Western Cafe sekadar gimik. Wanita ni kongsi penjelasan!
BARU-BARU ini, pihak kerajaan melancarkan inisiatif Menu Rahmah bertujuan memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.
Sejajar dengan itu, premis makanan popular, Pak Mat Western Cafe cawangan Pulau Pinang terdorong menawarkan menu nasi lemak dengan harga serendah 90 sen.
Tawaran menarik tersebut berdasarkan prinsip meraikan keinginan serta cita rasa kaum di Malaysia.
Tidak sekadar itu, jenama restoran dan makanan yang terkenal dengan tagline Cita Rasa Hotel, Harga Warong itu dilihat menyahut usaha kebajikan untuk semua pengguna terutamanya untuk penduduk miskin.
Menurut Ketua Pegawai Strategi PMW Group, Nurina Izz Zayani, dengan itu, pengunjung boleh menikmati bahagian nasi yang banyak, separuh biji telur rebus, ikan bilis dan sambal.
[caption id="attachment_105636" width="545"] Ketua Pegawai Strategi PMW Group, Nurina Izz Zayani[/caption]
"Sejak promosi nasi lemak serendah 90 sen dilancarkan dua bulan lalu, ada pihak yang ingat ia sekadar gimik. Ada juga yang menuduh kami menipu kerana menawarkan harga tak masuk akal untuk menu berkenaan.
"Malah, ada yang anggap angka sen itu tidak padan dengan hidangan nasi lemak yang disediakan. Namun, semua itu bukan omong kosong kerana sambutan diterima sampai kami tak menang tangan. Pelanggan yang datang pun daripada pelbagai kaum," ujar Nurina sambil mengakui nasi lemaknya digemari bukan saja orang Melayu tetapi bangsa lain termasuk Cina, India serta mat salih.
Bersedekah dan berkongsi rezeki
Ujar wanita itu lagi, menyedari rakyat kini berdepan kegetiran hidup, membuatkan mereka terpanggil untuk menyelami keperluan dan kehendak masyarakat.
"Ini antara usaha dan ihsan kami bagi meraikan semua lapisan masyarakat untuk sama-sama menikmati rezeki menerusi nasi lemak. Menerusi tawaran harga semurah itu, ini antara salah satu cara kami bersedekah dan berkongsi rezeki dengan orang lain.
"Sementelah, rata-rata yang datang ke premis makanan kami mempunyai latar belakang yang berbeza. Ada antara mereka terdiri daripada golongan pelajar yang mungkin sebelum ini terpaksa mengikat perut. Pasti tawaran tersebut membuatkan mereka tumpang gembira," katanya yang menawarkan menu pada harga bajet sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang.
Paling menyentuh perasaan beliau, pastinya keluarga yang mempunyai anak yang ramai termasuk penghantar makanan.
"Terdapat pelanggan saya bukan saja ada berdepan situasi sangkut nak bayar itu dan ini pada tengah bulan, malah perlukan uruskan kos persekolahan anak lagi. Golongan rider pun sama.
"Demikian juga dengan mereka yang bekerja dan berhadapan dengan kesempitan atau kekurangan wang. Tawaran seumpama ini memang satu langkah yang baik,” ujarnya.
Baca lagi Resipi Kari Ayam Hijau Goa tapi tak guna rempah kari. Macam mana tu? Kena cuba, memang sedap!
SARAPAN RM2
Seperkara, dengan hanya bayar RM2, para pelanggan juga boleh menikmati sarapan pagi yang sempurna.
Pada harga itu, nasi lemak dan teh tarik termasuk kopi disediakan. Memang tak kan jumpa di mana-mana ya!
"Nikmatilah nasi lemak ini tanpa prejudis kerana ia dihasilkan dengan kasih sayang sentuhan air tangan orang lama.
"Tambahan pula, nasi lemak ini divariasikan dengan cita rasa tradisional dan barat sekali gus menjadikan ia gabungan orang Malaysia," ungkapnya yang turut menjual menu lain seperti Nasi Lemak Lamb, Nasi Lemak Chicken Chop dan Nasi Lemak Meatball.
[caption id="attachment_105629" width="534"] Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri yang pada awal skeptikal tentang promosi seperti orang lain jkini sama-sama mengajak mereka menikmati nasi lemak itu.[/caption]
Untuk rekod, selain Pulau Pinang, jenama berdaftar di bawah syarikat Pak Mat Western Sdn Bhd itu juga mempunyai cawangan utama di Johor.
Malah, premis makanan terbabit turut mempunyai ‘ekspress mart’ di Alor Setar, Kedah dan Perak untuk pesanan makanan dalam talian atau bawa pulang.
Baca ni Warunk Koffie by Wood & Steel tempat lepak minum kopi paling best di Shah Alam. Harga pun berpatutan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi