HAMPIR 2,000 perkongsian, laksa Kedah memang memang ada peminatnya tersendiri. Kuah penuh rasa ikan diseimbangkan dengan masam dan masin memang sedap dihirup.
Laksa dihidangkan dengan telur rebus dan ulaman memang mengenyangkan. Resipi dikongsikan pengguna Facebook Bulan Indah ini antara yang terbaik dan berbaloi dicuba.
Baca juga: Senangnya buat kuih kaswi gedik, resipi confirm jadi hanya guna sukatan cawan
Kuah laksa
BAHAN
-2 kg ikan temenung (rebus ambil isinya, air rebusan disimpan) -Saya lebih suka guna ikan kayu kerana mudah diambil isi
-2 gengam cili kering (rebus dan dibuang biji) [BELI DI SINI]
-3 biji bawang besar bersaiz sederhana [BELI DI SINI]
- Belacan (saiz ibu jari) [BELI DI SINI]
-10-14 keping asam keping [BELI DI SINI]
-Serbuk perasa (jika perlu) [BELI DI SINI]
-Daun kesom segengam
-Bunga kantan (ambil sekali dengan batang dan ketuk) [BELI DI SINI]
LANGKAH PENYEDIAAN
1- Kisar cili, bawang dan belacan. Kemudian masukkan ia ke dalam periuk
2-Kisar isi ikan hingga halus dan satukan semua bahan di dalam periuk.
3-Masukkan daun kesom, garam, serbuk perasa, bunga kantan dan asam keping.
4-tambah air rebusan ikan dan air secukupnya mengikut kepekatan kuah yang diingini.
5-Didihkankan. Anda dinasihatkan agar sentiasa memantau kerana kuah laksa cepat meruap.
6-Masak dan didihkan, cuba dan pastikan ia secukup rasa. Siap.
Baca juga: Sambal Belacan Goreng pelengkap hidangan, tak sedar licin nasi sepinggan
Baca juga: Kita jangan bergaduh pasal laksa ok. Tepuk dada tanya selera- Raja Permaisuri Agong kongsi resipi
Laksa [BELI DI SINI]
1-Rebus ia sampai lembut. Saya tidak rendam dahulu kerana merebusnya sambil memasak kuah laksa dan rebus ikan.
Hiasan
-Timun
-Daun selom
-Bawang besar
-Limau
-Cili
-Petis udang (jika suka)
Antara tip yang dikongsikan ialah jenis dan jumlah cili. Cili lebih kuah akan menjadi merah. Jika anda tidak suka kuah pedas, gunakan cili kering yang kurang pedas atau boleh kurangkan cili. Memang kuah kurang merah tapi sesuai untuk anak-anak.
Baca juga: Mudah je cara masak sambal bilis garing, sedap dan tahan lama
Sumber: Facebook Bulan Indah
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.