Risau bintik hitam, liang pori terlalu besar ganggu penampilan? Jenama Melano CC dari Jepun boleh selesaikan masalah
JENAMA pemutih esen nombor satu di Jepun, Melano CC baru-baru ini memperkenalkan Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash.
Ia merupakan penyelesaian yang berkesan untuk membersih liang pori sambil mengekalkan kelembapan semula jadi kulit.
Melano CC dalam satu kenyataan berkata, produk terbaharu itu merupakan pencuci muka enzim jenis tiub pertama yang dihasilkan pihaknya.
"Ia juga kaya dengan buih untuk membuka pori yang tersumbat dan menjadikan kulit licin dan bersih" kata kenyataan itu lagi.
Melano CC Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash juga sesuai untuk kegunaan harian kerana ia mengandungi bahan yang tidak merengsakan. Antaranya:
-Enzim untuk mengelupas dan menanggalkan sel kulit mati dengan lembut.
-Tanah liat kaolin untuk menyerap lebihan minyak dan kekotoran daripada liang-liang.
-Vitamin C untuk mengekal kelembapan dan mencerah kulit serta mengurangkan kesan jerawat.
-Bebas daripada bahan yang merosakkan seperti alkohol, paraben dan silikon yang sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif.
BACA JUGA: Hey, wanita! NIVEA LUMINOUS630 Anti-Dark Spot Serum bantu singkirkan masalah bintik hitam anda
BACA JUGA: Risau bintik-bintik hitam ganggu penampilan, Nanowhite boleh settlekan masalah itu dengan mudah
Dengan harga RM39.90, produk tersebut boleh didapati di Watsons seluruh negara.
Pembelian secara online juga boleh dibuat di platform Lazada dan Shopee.
Untuk maklumat lanjut, log masuk ke www.facebook.com/MelanoCCMY.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.