Butik FitFlop di MidValley sudah dibuka semula, banyak desain kasut baharu, lebih selesa dan tahan lama
FITFLOP baru-baru ini melancarkan pembukaan semula butik jenama kasut global itu di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur.
Terletak di tingkat pertama pusat beli-belah itu, kedai konsep berkenaan direka bentuk dan didominasi dengan rona neutral, sekali gus mencerminkan 'DNA' label tersebut.
Serentak dengan itu, FitFlop memperkenalkan koleksi musim sejuk dan luruh terbaharunya kepada umum.
Daripada kasut gaya kasual hingga formal, pelbagai seleksi desain boleh dipilih pada harga yang berbaloi.
Pelakon Elisya Sandha antara selebriti yang hadir memeriahkan acara.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.