Selepas 35 tahun, PUMA keluarkan semula kasut Slipstream PUMA dengan gaya klasik dan sedikit sentuhan baharu
PUMA sekali lagi mengeluarkan produk Slipstream PUMA yang pernah diketengahkan kepada pasaran dunia pada zaman 1980-an.
Kumpulan K-pop terkenal Korea, NCT 127 dipilih sebagai duta Asia Pasifik untuk merancakkan inovasi terkini itu dalam rona PUMA White-Puma Black.
Menariknya, kasut terbaharu itu masih mengekalkan warisan reka bentuk sama pada era berkenaan dengan menampilkan siluet yang bersih, tapak kasut yang dikemas kini dan disuntik dengan sedikit elemen kemodenan.
PUMA dalam satu kenyataan media menyebut, kempen Slipstream PUMA antara lain menampilkan gaya dan tema yang mewakili getaran retro tahun 1980-an.
Ia merujuk kepada konsep jalanan vintaj, penghasilan semula grafiti, kegemilangan permainan bola keranjang, kereta-kereta lama dan kewujudan kedai jalanan.
NCT 127 secara eksklusifnya mempamerkan ciri-ciri unik tersebut dan foto mereka boleh dilihat secara terus melalui Instagram rasmi PUMA.
Selain itu, para peminat kumpulan popular tersebut boleh menyaksikan pelbagai gaya pemakaian ahli NCT 127 menerusi item dengan label PUMA.
BACA LAGI: Hanya jual kasut vintaj, remaja mampu jana pendapatan hingga RM1.09juta setahun. Lumayan sungguh!
Antaranya seperti barangan sporty seperti pakaian sukan T7, sweatshirt termasuk Slipstream PUMA dalam PUMA White-Puma Black.
Setiap ahli kumpulan NCT 127 yang terkenal sebagai individu yang meminati sukan telah disesuaikan pemakaian setiap daripada mereka ketika melakukan aktiviti berbasikal dan bermain bola bagi meningkatkan lagi kehangatan kempen ini," kongsi kenyataan tersebut lagi.
Pembelian pelbagai kasut PUMA yang lain boleh didapati di Lazada dan Shopee. Jangan lupa dapatkan ya!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang