Jadi ratu bila bersama lelaki tepat, wanita kongsi pengalaman pahit kahwin muda 14 tahun, beri anak susu pekat manis

Iklan
1

WANITA itu cantik di tangan lelaki yang tepat. Demikian kata-kata warga maya melihat perubahan wanita ini yang tular. Perkongsian Norsuziana Mohd Nasir, 21, menerima lebih 1.8 juta tontonan dan hampir 100,000 tanda suka.

Pengalaman wanita berasal Temerloh, Pahang itu berkahwin pada usia 14 tahun menjadi perhatian ramai. Di kala remaja seusianya di bangku persekolahan dan mengejar cita-cita, dia sudahpun bergelar ibu.

Iklan
Iklan

Baca juga: Kahwin dalam usia muda bukan perkara mudah – Erynne Erynna

Iklan

"Kawan-kawan semua tengah belajar di sekolah tetapi saya dah kahwin dan ada anak,” kongsinya pada video.

Berasal dari keluarga yang sederhana, perkahwinan adalah jalan keluar bagi meringankan beban tanggungan. Kata Suzi, ibu bapanya tidak bersetuju pada awal. Namun mereka bagaimanapun tmemberi lampu hijau untu mendirikan rumah tangga dengan pemuda berusia 19 tahun.

Iklan

Norsuziana yang mesra disapa Suzi tidak menjangka mahligai dibina atas dasar cinta pada usia 14 tahun berakhir dengan kehancuran apabila lelaki yang dikahwini pada tahun 2016 panas baran. Dakwanya lelaki itu mula menunjukkan belang selepas kelahiran anak pertama mereka.

"Baru habis pantang, dia sudah buat perangai menipu. Katanya bekerja tapi rupanya sudah seminggu tidak kerja.

"Sebabkan tinggal di rumah mentua dia selalu buat perangai malas kerja. Dia pun ajak saya ke Kuala Lumpur menumpang tinggal dengan emak ayah kawannya konon nak bekerja di sana. Dengan duit tiada kami ke sana,saya naik bas dengan anak, dia naik motor dengan kawannya.

"Tak sampai seminggu kami balik semula ke rumah mentua. Gaji dia seminggu di sana pun orang tak bayar.

"Sudahlah malas bekerja, suka naik tangan kat anak dan isteri. Saya mampu sabar je sebab beri peluang fikir anak kecil lagi,” titip Suzi.

Tanpa nafkah, Suzi membesarkan anaknya dalam serba kekurangan. Pada satu masa, dia terpaksa memberikan anaknya, Muhammad Harraz susu pekat manis berharga RM2.50 manakala dia sendiri memakan nasi goreng kosong demi mengalas perut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi