SEBUT sahaja nama Datuk Cef Wan, pasti ramai yang mengenali beliau sebagai selebriti cef dan tukang masak terkenal.
Air tangan pemilik nama sebenar Redzuawan Ismail sentiasa ditagih dan tidak hairanlah jika restoran milik beliau De. Wan 1958 By Chef Wan yang terletak di Kuala Lumpur sentiasa penuh dengan pengunjung.
Sementelah, empunya diri juga seorang yang tidak lokek berkongsi resipi dan juga tip masakan menerusi media sosial miliknya.
Salah satu menu masakan yang menarik perhatian ramai ialah asam pedas.
Baca ni Resipi Kari Ayam Hijau Goa tapi tak guna rempah kari. Macam mana tu? Kena cuba, memang sedap!
Menurut Cef Wan, resipi tersebut diperoleh daripada arwah neneknya lengkap dengan tip untuk menjadikan asam pedas lebih power dengan kuah yang pekat dan sedap.
"Arwah nenek selalu berpesan, bila masak asam pedas jangan lupa tumis cili tu sampai pecah minyak dan wangi. Masak dengan api perlahan-lahan dan jaga rempah dan kacau selalu jangan biar lekat pada periuk nanti hangus," ujar Cef Wan sambil memberitahu, waktu dahulu asam pedas dimasak menggunakan periuk tanah sahaja.
SinarPlus kongsikan kembali petua dan cara memasak asam pedas menggunakan resipi tersebut.
Bahan-bahan
40 biji cili kering [BELI DI SINI]
10 biji bawang merah [BELI DI SINI]
3 biji bawang putih [BELI DI SINI]
2 sentimeter halia [BELI DI SINI]
Kunyit hidup [BELI DI SINI]
Sedikit belacan jika mahu [BELI DI SINI]
Bendi
Air Asam Jawa
Bunga kantan
Daun kesum
Cara memasak:
-Kisar semua bahan dan tumis dengan minyak.
-Apabila sudah wangi, masukkan terung atau kacang bendi serta air asam jawa ikut sukatan yang diingini.
-Lepas mendidih lebih kurang lima minit, masukkan ikan dan daun kesum serta bunga kantan.
Tip masak:
-Jangan masak Ikan terlalu lama nanti hancur.
- Balik-balikkan ikan sekali sekala.
Baca lagi Tip lembut dan empukkan daging dengan cepat guna ais batu, minyak masak. Kena cuba!
Kata Cef Wan lagu, itu antara pesanan arwah neneknya bernama Nun yang berasal dari Alor Gajah.
"Arwah merupakan saudara sebelah ibu saya yang juga merupakan guru di dapur saya yang terbaik. Beliau menggamuk jika masak asam pedas yang dihasilkan cair. Baik lempar ke longkang sahaja katanya.
"Orang dahulu kalau mengajar memang tepat dan sangat tegas. Sebab itu, setiap kali memasak menu ini, saya akan terbayang rupa dan suara arwah berleter dengan saya lagi," ungkap Cef Wan.
Perkongsian beliau itu mendapat perhatian ramai. Rata-rata berterima kasih kerana memuat naik resipi berserta tip memasak asam pedas.
Berikut antara petikan kata-katq warga maya:
'Saya sudah cuba resipi dari 400 resepi terbaik Cef Wan, antaranya asam pedas ini. Memang sedap suami saya puji.'
'Saya suka belajar daripada orang tua-tua, cara ajar mereka mungkin garang tetapi berkesan. Nak masak main-main atau lebih kurang baik tak payah masak.'
'Tengok pun dah telan air liur Cef.'
'Petua turun menurun. Nak lagi pedas, tabur lada hitam.'
'Terliur tengok. Jarang buat asam pedas, tetapi resipi dan tip cef ni boleh cuba. terima kasih Cef Wan'
Patutlah Cef Wan pandai masak, berguru dengan arwah neneknya yang memang pakar memasak.
Beruntung kan dapat ilmu daripada orang dahulu. Teringin pula admin nak nak rasa air tangan Cef Wan
Sumber: Instagram _chefwan58
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.