SETIAP kali mop lantai, pasti kita berdepan dengan masalah kesan kotoran yang tidak mahu tanggal.
Kalaulah anda sejenis yang rajin memasak, pasti kesan minyak melekit di lantai akan kekal jika dibiarkan lama tidak dicuci.
Bila hal itu selalu terjadi, bila muncul je iklan tentang pencuci lantai, apalagi, kita mula teruja nak cuba.
Semua demi memastikan lantai bersih dan berkilat.
[caption id="attachment_36698" width="800"] Gambar sekadar hiasan[/caption]
Baca ni 'Mop legend' tetap pilihan. Gelagat Feeya Iskandar kemas rumah sebelum keluar 'me time' raih pujian
Namun, biasanya hasil pasti mengecewakan.
Nak buat macam mana kan, itula kesukitan biasa yang melanda lebih-lebih lagi jika lantai kediaman atau premis kita jenis tiles atau jubin.
Tak perlu gundah-gulana. Nah! SinarPlus kongsikan satu tip mudah dengan hanya menggunakan pencuci jenama Sunlight saja.
Petua yang dimuat naik oleh Heze Zamri menerusi laman Facebooknya itu dikatakan dapat membantu menghilangkan kotoran dan debu pasir, sekali gus membuatkan lantai licin berkilat.
"Sekadar perkongsian. Petua nak bagi licin dan kilat lantai di rumah, hanya dengan menggunakan pencuci pinggan mangkuk Sunlight je.
"Caranya cukup mudah. Letak sedikit sahaja lalu bancuh dengan air biasa. Kemudian, bolehlah mop lantai," ujar Heze.
Malah, katanya, sebelum ini beliau pernah mempraktikkan kaedah yang sama menggunakan pencuci jenama lain, namun debu-debu pasir disebabkan pengubahsuaian rumah tetap tidak hilang.
Selepas mencuba dengan menggunakan Sunlight lantai rumah juga lebih bersinar.
Rupa-rupanya petua itu diperoleh daripada perkongsian saudara sebelah ibunya yang merupakan seorang kontraktor bagi perkhidmatan cucian.
Menarik juga idea ini kan. Admin pun nak cuba lah nanti. Jimat wang, jimat juga tenaga sebab tak perlu menyentah lebih-lebih.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi