‘Mop legend’ tetap pilihan. Gelagat Feeya Iskandar kemas rumah sebelum keluar ‘me time’ raih pujian

KALAU sudah namanya wanita, semuanya mahu nampak cantik dan tersusun kemas. Lebih-lebih lagi di dalam kediaman sendiri.

Meninjau ke laman Instagram milik penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar, beliau telah memuat naik sebuah video yang menyaksikan dirinya sedang mengemas rumah.

Mesra dengan panggilan Cik Piah, rakaman itu tidak menampakkan susuk tubuh dan wajahnya, hanya kedengaran suaranya yang berceloteh sambil dilihat mengemop lantai di bahagian ruang tamu.

Mop murah DI SINI

Baca ni Makan nasi cuma 2 sudu, petua Azah Aziz kekal awet muda pada usia 50 tahun

Katanya, sebelum keluar untuk me time, beliau akan memastikan hal rumah dibereskan terlebih dahulu.

“Mak mak, bila dapat me time, seronok kan? Pun demikian, kenalah jadi bibik dahulu. Selepas rumah sudah kemas, barulah rasa lega,” tulis beliau menerusi kapsyennya.

Pada masa sama, kelihatan anak bongsunya di dalam baby coat.

Kata Cik Piah, sengaja si kecil diletakkan di dalam ruang berkenaan untuk mengelakkannya bebas bergerak ketika beliau sedang mengemop lantai.

‘MOP LEGEND’

Perkongsian tersebut nyata mengundang perhatian ramai. Lebih-lebih Cik Piah dilihat menggunakan mop yang dianggap ‘legend’ oleh pengikutnya.

Cik Piah dipuji kerana masih menggunakan mop tersebut, biarpun di pasaran terdapat yang lebih canggih dan moden.

Malah, walaupun menggunakan mop biasa, lantai ruang tamunya tetap bersih dan berkilat.

Iklan

Nak beli pencuci murah DI SINI

Beralih kepada ruang kediaman beliau, nyata Cik Piah punya cita rasa tersendiri.

Kata warga maya lagi, ibu kepada tiga cahaya mata itu juga bijak menyusun atur tanpa sarat dengan perabot. Simple dan minimalis, namun kemas dan cantik sekali.

Iklan

Memang lawa dekorasi rumah Cik Piah kan. SinarPlus juga setuju dengan pendapat beliau. Jika rumah sudah kemas dan bersih, barulah hati rasa tenang. Betul tak?

Baca lagi Penampilan sulung karya anak dalam koleksi fesyen terbaru, Melinda Looi luah rasa bangga dan terharu

Sumber: Instagram Feeyaiskandar

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi