Kenderaan persendirian tak perlu lagi tampal, pamer roadtax, 3 fakta berkenaan

Iklan
roadtax cukai jalan JPJ

Kenderaan persendirian tak perlu lagi tampal, pamer roadtax, 3 fakta berkenaan

CUKAI jalan kereta atau 'roadtax' merupakan satu perkara wajib bagi setiap kenderaan bermotor sebelum kenderaan tersebut dibenarkan untuk dipandu di jalan raya secara sah.

Iklan
Iklan

Pada setiap tahun, pemilik kenderaan perlu renew cukai jalan dengan bayaran tertentu.

Cukai jalan tersebut pula diwajibkan untuk dipaparkan pada cermin hadapan kenderaan.

Iklan

Namun sejak tahun lalu, pelekat cukai jalan menjadi perhatian orang ramai kerana dikatakan tidak berkualiti, cepat rosak dan tidak tahan lama sekiranya ditanggalkan.

Malah, ia juga menjadi kabur dan kurang jelas sebelum cukai jalan itu tamat manakala sisa gam melekat pada cermin kereta apabila ditanggalkan.

Iklan

Justeru itu, bermula hari ini, pemilik kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan di kenderaan masing-masing.

Baca juga [VIDEO] Dilarang masuk ke JPJ gara-gara pakaian tak ikut etika, pemuda terus sarung kain pelekat

Ini tiga fakta seperti yang diumumkan Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook;

1. Pemilik kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan cukai jalan di kenderaan masing-masing mulai hari ini.

2. Warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui portal awam JPJ atau aplikasi MyJPJ bawah satu projek perintis.

3. Ini selaras dengan pelaksanaan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras JPJ, iaitu cukai jalan dan lesen memandu oleh Kementerian Pengangkutan.

Loke sebelum ini dalam kenyataan di Facebook mengenai pelekat cukai jalan yang dikatakan sering tertanggal menyatakan akan mengambil tindakan berhubung perkara itu.

"Saya tahu ramai orang mengadu mengenai pelekat cukai jalan yang kurang berkualiti dan perkara itu memang dalam perhatian kami serta satu perubahan besar akan dilaksanakan dalam tahun ini," tulisnya.

Sumber: Berita Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.