Cara mudah baiki kolar baju kembang, mak-mak wajib cuba ni guna 2 bahan sahaja

Iklan
Cara mudah baiki kolar baju kembang, mak-mak wajib cuba ni guna 2 bahan sahaja

Cara mudah baiki kolar baju kembang, mak-mak wajib cuba ni guna 2 bahan sahaja

ANTARA pakaian yang paling selesa digayakan setiap waktu adalah baju t-shirt.

Iklan
Iklan

Kainnya yang lembut dan sesuai dipakai ke mana sahaja menjadikan pakaian ini sangat easy to go.

Namun, bila sudah lama pakai baju itu dan dibasuh banyak kali, kawasan leher mulalah rosak menjadi menggelebeh sekali gus membuatkan pemakai nampak tidak kemas.

Iklan

Jadi, terdapat solusi untuk anda memperbaiki masalah ini dan menjadikan baju tersebut kembali baru.

Menerusi perkongsian di TikTok @Syafiq.art, dia menunjukkan cara bagaimana mahu memperbaiki masalah demikian.

Iklan

Rupanya hanya guna dua bahan mudah sahaja dan pastinya memang ada di setiap dapur.

Bahan yang diperlukan adalah;

1. Air panas menggelegak

2. Gelang getah

Baca juga Bersinar bling-bling! Wanita 13 tahun kerja kedai emas kongsi cara betul cuci barang kemas sendiri, mudah je rupanya

[caption id="attachment_107080" width="800"] Kredit foto: TikTok @Syafiq.art[/caption]

Langkah-langkahnya;

1. Jerang air dalam periuk sehingga panas dan mendidih.

2. Ambil baju yang kolar kembang itu, kemudian ikat pada bahagian leher.

3. Rendamkan bahagian diikat ke dalam air panas tadi selama tiga hingga lima minit.

4. Setelah direndam, keringkan sahaja baju tersebut dengan keadaan terikat, boleh juga jemur sehingga kering.

5. Bila baju dah betul-betuk kering, buka ikatan getah dan seterika bahagian kolar yang berkedut dek cerutan getah itu. Siap.

Baca juga  Masuk Darjah Satu, mak ayah pastikan anak boleh buat 11 perkara ini baru mudah

Hasilnya pasti buatkan kalian tersenyum puas hati kerana bentuk kolar sudah kembali seperti sediakala.

Bolehlah selamatkan koleksi t-shirt kesayangan korang yang dah kembang kolar tu.

Selamat mencuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.