Rajin tolong ibu, gelagat anak 3 tahun lipat baju sambil nyanyi raih pujian ramai

A
A
A

Rajin tolong ibu, gelagat anak 3 tahun lipat baju sambil nyanyi raih pujian ramai

ANAK-ANAK ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Kitalah sebagai 'orang tua' harus memainkan peranan masing-masing untuk menunjukkan contoh terbaik buat anak-anak.

Dalam membesarkan anak-anak, perkara paling berharga adalah melihat perkembangan tumbesaran mereka di hadapan mata.

Kerenah dan gelagat mereka yang comel itu tidak akan dapat diulangi lagi ketika mereka besar kelak.

Buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil, hargailah momen indah kalian bersama mereka sebaiknya.

Seperti satu kisah yang mencuri perhatian ramai ini apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dilihat sangat enjoy ketika melipat baju.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @Rea Radzi, dia merakam secara senyap-senyap puterinya itu di ruang tamu rumah mereka.

Yang lucunya, kanak-kanak itu langsung tidak mengeluh membantu ibunya, malah dia seolah-olah menikmati masanya dengan kain-kain yang baru lepas diangkat dari ampaian.

Baca juga #SiBibirMerah: Wanita fikir anak juga untuk kembali bersuami

[caption id="attachment_103348" align="aligncenter" width="800"] Klik foto untuk video. Kredit foto: TikTok rearadzi[/caption]

Kanak-kanak itu juga turut kelihatan periang kerana sambil melipat sambil bernasyid lagu kisah Nabi Yunus.

Menjengah ruangan komen, warganet memuji kanak-kanak itu kerana sudahlah comel, ringan tulang pula membantu ibu membuat kerja rumah.

Ujar mereka;

"Rajinnye awak ni... tambah lagi comel lipat baju sambil nyanyi-nyanyi."

"Semoga membesar menjadi anak solehah..."

"Lepas ni masa lipat baju nampaknya nak kena nyanyi lagu nasyid jugak la bagi hilang stress."

Baca juga 6 aktiviti kuatkan sistem imun badan buat anak membesar dengan sihat

"Alahai anak dara, nyanyi lagu apa tu. Senanglah mak nyer, anak dara dah boleh diharap."

"Masya-ALLAH rajinnya awak sayang... ringan kerja ibu awak ada pembantu kecik bantu."

Bolehlah kita buat cara adik kecil ni ya tuk habiskan lipat baju yang berbakul tu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca