Rumah tak siap, duit lesap dilarikan kontraktor. Ini tip berguna elak kena scam

Iklan
rumah

SEJAK kebelakangan ini, banyak kes orang kena scam oleh kontraktor rumah atau pereka hiasan dalaman yang 'lari' sehingga kecoh di media sosial.

Sudah berhabis beratus ribu ringgit wang simpanan tapi rumah tak siap-siap. Memang sakit hati, kan?

Iklan
Iklan

Berkecai harapan pelanggan yang mengharapkan rumah siap seperti dijanjikan, tapi terkandas di tengah jalan.

Kisah selebriti terkenal, Amyra Rosli yang ditipu hingga kerugian RM240,000 antara isu yang hangat diperkatakan netizen.

Iklan

Enggan wujud penipuan seterusnya, Syafirul Izwan di TikTok berkongsi tip berguna untuk mengelakkan orang ramai 'discam' ketika mahu membina atau mengubah suai rumah.

Iklan

Lelaki tersebut mengakui pernah berdepan dengan situasi sama hingga rugi beratus-ratus ribu ringgit.

"Kontraktor lari, rumah siap separuh jalan jer. Bahaya ambil kontraktor macam ini, dia ambil projek banyak-banyak, tak boleh deliver, dia tinggal begitu jer," kongsinya.

Berikut petua renovate rumah yang dikongsikan:

1. Cari kontraktor yang berpengalaman dan minta profil projek yang pernah disiapkan sebelum ini sebagai jaminan.

2. Pantau kerja mereka setiap minggu atau bulanan. Bimbang ada kes kecurian barang.

3. Bayaran kena ikut progress kerja, jangan bayar selagi kerja tak disiapkan.

[caption id="attachment_107135" width="800"] SUMBER foto: Pexels.[/caption]

4. Jangan minta diskaun banyak sangat sebab kalau murah, kualiti akan berkurangan.

5. Minta pendapat kontraktor untuk desain ikut bajet. Mereka ada pengalaman dan kita ada idea jer. Bajet tambahan kena ada.

Baca juga Elak kena scam penipu emas, ini trik boleh selamatkan duit poket wanita

Rata-rata netizen yang mengikut perkongsian tersebut juga setuju dengan pendekatan yang dicadangkan.

[caption id="attachment_107136" width="800"] SUMBER foto: Pexels.[/caption]

Siap minta list senarai syarikat atau kontraktor yang bermasalah sebagai pengajaran buat orang lain.

Tak kurang juga berkongsikan buat setakat Amyra Rosli, ramai selebriti lain pun terkena sama.

Baca juga Bayar RM240,000 renovation tak siap, Amyra Rosli kena ‘scam’ dengan interior designer

Ramai juga yang beri nasihat supaya berjaga-jaga dengan kontraktor yang asyik meminta duit dengan alasan mahu bayar upah pekerja.

[caption id="attachment_107137" width="800"] SUMBER foto: Pexels.[/caption]

Memang kesian bila rumah yang dibina untuk orang tua tak siap seperti dijanjikan. Harap-harap ada penyelesaian isu tersebut.

Apapun memang bagus petua yang dikongsikan dan diharap dijadikan panduan buat kita semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.