BAYAR RM240,000 untuk kerja renovation atau pengubahsuaian kediaman ibu bapa, pelakon dan pengacara Amyra Rosli mendedahkan telah ditipu (scam) oleh pereka bentuk hiasan dalaman (interior designer).

Perkara tersebut dimaklumkan pelakon drama popular Nur menerusi entri Instagram (IG) miliknya. Menurutnya pengubahsuaian tersebut membabitkan kediaman ibu bapanya.

Selepas pembayaran dibuat hampir suku juta jumlahnya, dakwa Amyra hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Baca juga: Hikmah selepas ujian, Amyra Rosli dihujani rezeki

“Saya gunakan khidmat interior designer dari sebuah syarikat ini kononnya dapat memudahkan dan mencantikkan rumah mama ayah saya.

“Selepas membuat bayaran sebanyak lebih RM240,000 dan hampir setahun kami menunggu dan sabar dengan segala alasan dari mereka, inilah hasil yang saya dapat.

“Semakin rosak bangunan rumah mama ayah. Banyak juga saya dengar ramai terkena dengan mereka. Ambil project banyak and then terbengkalai,” kongsi isteri kepada Amar Baharin itu.

Lama bersabar, Amyra meluahkan kecewa dengan sikap pihak syarikat pereka bentuk hiasan dalaman itu yang terlibat penipuan.

Malah Amyra kini nekad mengubah suai sendiri dari awal dan menyudahkan yang terbengkalai demi ibu bapanya, Noor Zaridah Ahmad dan Rosli Ahmad.

Baca juga: Amyra Rosli cabar diri untuk keluar dari zon selesa

“Astaghafirullahazim, berani betul kalian aniaya orang di dunia ini. Tak mengapalah, kita serahkan semua kepada ALLAH, saya rasa itu yang terbaik. Dunia ini pun sudah tenat, tak lama dah pun kalian boleh “kencing” orang sana sini.

“Dan sekarang saya perlu mulakan from scratch dek kerana penipuan-penipuan mereka. Sedih but Alhamdulillah, mungkin ujian ini ada hikmah disebaliknya.

“P/s: Dear Mama dan Ayah, kakak akan usahakan secepat mungkin untuk siapkan balik rumah mama ayah ni. Kita sama-sama kuat dan sabar ok. Insya-ALLAH, ALLAH mudahkan urusan kita,” titipnya.

Warga maya bersimpati dengan musibah yang menimpa Amyra turut berkongsi kisah mereka ditipu oleh kontraktor dan syarikat hiasan dalaman.

Rata-rata menggesa pelakon itu membuat laporan kepada pihak berkuasa dan mendedahkan nama syarikat sebagai langkah berjagaa-jaga kepada pengguna lain.

Iklan

– “Nanti kalau share -tibatiba kena saman macam kes Awal dan Scha. Maybe Amyra tak nak benda tu jadi. Tapi bila tak share menjadi-jadi pula kes penipuan dari pelbagai kontraktor. Kesian sebab RM240,000 bukan sikit.”

– “Ramai yang menipu macam ni. Kadang-kadang kaya dan cerita bisnes juta-juta last lari dan aniaya orang @aamyrarosli saya pun dah kena.”

– “Subahanallah. Saya dah lalui semua ni. Habis 300,000 renovasi rumah. Rumah renovate tak siap dan semakin jahanam. Contractor lari dan tak nak bertanggung jawab. So kena cari contractor lain pulak, keluar lagi 500,000, nak pulih dan bina balik. So all together 800,000 renovate saja. Serik sangat.”

– “Bagitau nama interior designer ini supaya semua orang tau.”

– “Reveal supaya orang lain berhati-hati.”

Iklan

Baca juga: Badan dipenuhi ruam merah, anak Amar-Amyra diserang penyakit Kawasaki

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Sumber: Instagram Amyra Rosli

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.