'Saya kena tipu', Agong tepuk dahi terhibur dengan lelaki pakai topi rambut palsu undang tawa ramai

Iklan
'Saya kena tipu', Agong tepuk dahi terhibur dengan lelaki pakai topi rambut palsu undang tawa ramai

'Saya kena tipu', Agong tepuk dahi terhibur dengan lelaki pakai topi rambut palsu undang tawa ramai

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sememangnya disenangi dan disayangi rakyat.

Iklan
Iklan

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sangat sinonim dengan sifat sopan, prihatin dan sangat mesra rakyat.

Di media sosial, kerap kali tular foto dan video Al-Sultan Abdullah mencemar duli membantu mangsa kemalangan jalan raya dan menziarahi rakyat serta prihatin setiap kali musibah melanda.

Iklan

Terbaru, sebuah video tular di media sosial memaparkan Al-Sultan Abdullah sedang beramah mesra dengan orang ramai sambil memberi sumbangan.

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok @wanyoshiki, kelihatan juga baginda menepuk dahi ketika sedang bergurau dengan seorang lelaki.

Iklan

Adegan itu bukan sahaja telah mencuit hati ramai orang sekeliling bahkan warga maya yang menontonnya.

Baca juga Ramai teruja Agong, Permaisuri tiba-tiba muncul di restoran, bawa anakanda, cucunda santap ayam goreng

[caption id="attachment_107147" width="800"] Kredit foto: TikTok @wanyoshiki[/caption]

Rupa-rupanya baginda telah memberi sumbangan kepada lelaki tersebut untuk menukar warna rambutnya.

"Ini untuk awak. Color rambut balik," titah baginda sambil menghulurkan sekeping sampul.

Lelaki itu kemudian tampil ke depan untuk berselfie dengan baginda sebelum membuka topi rambut palsu berkenaan.

"Rambut betuk ke ni? Topi! Saya kena tipu dah. Bagi duit untuk potong rambut. Allahuakbar. Kena tipu pandai awak buat. Cuba cabut rambut tu..." titah baginda sambil meletakkan tangan di dahinya.

Aksi spontan Sri Paduka Baginda itu turut mengundang tawa ramai warga maya.

Baca juga Agong, Permaisuri abadi kenangan mural Sudirman, legenda penghibur nasional

Ujar mereka;

"Terbaik Agong... yang terbaik, kelakar, mesra. Semua tu ada pada Agong... semoga sihat."

"Bangga jadi orang Pahang punya sultan baik hati berjiwa rakyat."

"Allahuakhbar... bagi duit suh potong rambut, kena prank dengan rakyat."

"Ulang berapa kali... kelakar tengok tuanku tepuk dahi, daulat tuanku."

"Kelakar lah tapi comel pulak tengok tuanku tepuk dahi. Masya-ALLAH terhibur tengok."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.