TIADA apa yang lebih menggembirakan hati ibu dan bapa apabila anak melahirkan zuriat sebagai penyambung legasi keluarga.

Seperti Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah hari ini berkenan berkongsi gambar dua cucunda Seri Paduka berdua yang selamat diputerakan.

Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 Hari, Perkahwinan Diraja Puteri Sultan Brunei Jadi Tumpuan Dunia

Menerusi laman sosial Instagram rasmi Istana Negara, baginda berdua kelihatan gembira menimang dua cucunda yang baru dilahirkan.

Menerusi hantaran berkenaan, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong tersenyum bergambar bersama dua cucunda iaitu Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser diputerakan pada 31 Januari, manakala Tengku Aleya Norlini Binti Tengku Abu Bakar Ahmad pada 2 Februari 2022.

Tengku Nuh Muhammad Shah merupakan anakanda ketiga Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.

Tengku Aleya Norlini pula merupakan anakanda kedua Tengku Abu Bakar Ahmad dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.

Iklan

Terdahulu, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan melahirkan putera sulung, Tengku Zayn Edin Shah pada 23 Julai 2019.

Manakala Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah pula telah memiliki dua cahaya iaitu Tengku Adam Ibrahim Shah, 7, dan Tengku Sulaiman Abdullah Shah, 4.

Iklan

Baca juga: “Kita jangan bergaduh pasal laksa ok. Tepuk dada tanya selera”- Raja Permaisuri Agong kongsi resipi

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Istana Negara