NASI lemak yang menggunakan daun pisang memang istimewa aromanya. Bukan saja-saja digunakan sebagai pembungkus, daun pisang mengeluarkan bau wangi yang membuka selera.
Selain tepung bungkus, tepung pelita dan koci, nasi lemak salah satu menu yang mengunakan daun pisang sebagai pembalut. Kadang-kadang, tidaklah besar saiz daun, asalkan ada walaupun kecil sudah cukup memberikan haruman yang melazatkan.
Namun lain halnya dengan kes viral ini. Selera makan seorang pengguna TikTok ‘terbantut’ gara-gara memakan nasi lemak yang ‘dihidangkan’ dengan telur serangga yang melekat pada daun pisang yang digunakan sebagai pembungkus.
"My mom kata itu telur katak tapi my partner nak sedapkan hati dia cakap itubiji selasih. Saya tak mahu lagi makan nasi lemak bungkus daun pisang,"kongsinya.
"Ibu saya cakap itu telur katak! Saya macam, biar betul? Kemudian gambar yang saya tangkap itu saya bagi dekat kaunter," kongsinya.
Difahamkan pekerja restoran turut sama terkesima melihat gambar ‘telur’ itu.
"Dia macam terkejut dan siap istighfar. Dia tanya sama ada saya mahukan apa-apa sebagai ganti rugi. Saya cakaplah nak refund. Tapi dia kata tak boleh, maksud dia kena ganti dengan makanan yang lain," kongsinya.
Jelasnya dia tiada niat untuk memburukkan restoran hanya ingin mewujudkan kesedaran faktor kebersihan yang perlu dititikberatkan oleh setiap premis makanan.
Daun pisang banyak digunakan dalam pembungkusan dan perhiasan masakan di Asia Tenggara, Amerika Selatan, Caribbean, Polynesia dan Asia Selatan.
Menggunakan daun pisang sebagai pembungkus makanan ada caranya, tidak boleh semberono. Apabila berkaitan dengan makanan ia perlu dipastikan bersih dan suci.
Baca juga: Pakaian anak bernajis, boleh ke terus basuh guna mesin?
[caption id="attachment_107409" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]
Berikut langkah penggunaan daun pisang yang praktikal agar terjamin kebersihan:
• Pilih daun pisang yang sama lebarnya dan tidak terlalu tua. Sebab daun pisang yang tua akan keras dan sukar dibentuk.
• Sebelum digunakan, jemur sebentar di bawah sinar matahari
•Boleh juga layurkan atau lalukan di atas api sehingga ia lembut dan mudah dibentuk apabila membalut.
• Cuci bersih lalu dan daun pisang hingga kering.
• Ketika membuat pembalut, pastikan balikkan daun pisang iaitu bahagian berwarna hijau menghadap ke dalam agar aromanya wangi.
Baca juga: [8 gambar] Dulang berkerak, dicemari najis tikus, keadaan dalam kilang roti di Pulau Pinang tular
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi