Laburkan sedikit wang demi kesihatan, treadmill Nordic Track Elite 800 pilihan alatan senaman terbaik

Iklan
treadmill Nordic Track Elite 800

JIKA kalian sudah bersedia untuk melaburkan sedikit wang demi kesihatan lebih baik, apa kata pertimbangkan model treadmill baharu, Nordic Track Elite 800 yang diperkenalkan secara eksklusif oleh Fitness Concept baru-baru ini.

Bukan sahaja mudah dikendalikan, ciri prestasi dan inovasi yang mengagumkan meletakkan alatan senaman keluaran Amerika Syarikat itu berada dalam kelas tersendiri.

Iklan
Iklan

Jenama terkemuka itu dalam satu kenyataan berkata, spesifikasi tambahan seperti keahlian percuma untuk aplikasi iFIT 30 hari antara keistimewaan yang ditawarkan buat pembeli.

"Selain dijual pada nilai berpatutan, ia juga direka bentuk untuk lebih tahan lasak dan sesuai untuk pelbagai lapisan umur kerana alatan ini boleh dilipat apabila tidak digunakan. Memang jimatkan ruang.

Iklan

"Fitur berkenaan juga dilengkapi dengan dek berkusyen yang berfungsi untuk mengurangkan kesan pada lutut ketika bersenam,” kata label kecergasan nombor satu di dunia itu lagi.

Iklan

Baca juga SOLE’s 3 IN 1 HIIT Trainer, mesin senaman Fitness Concept serba baharu dengan fungsi lebih canggih

Berikut informasi lain tentang Treadmill NordicTrack Elite 800:

i) Dilengkapi dengan Teknologi ActivePulse dengan pelarasan kelajuan dan condong secara automatik untuk mengekalkan zon kadar denyutan jantung secara optimum.

ii) Ciri rekaan SpaceSaver dengan EasyLift Assist menjadikan treadmill mudah disimpan.

iii) Hadir dengan motor 3.0 CHP pintar untuk jenis senaman pilihan.

iv) Kapasiti kawalan kelajuan 0 hingga 19 KPH untuk senaman lengkap.

v) Dibantu dengan latihan peribadi di rumah, iFIT memberi bimbingan penggunaan mesin dengan lebih mudah.

Baca juga Inovasi cermin kecergasan, Vaha S Fitness Mirror bawa kelainan gim dalam rumah

Untuk maklumat lanjut, layari www.fitnessconcept.com.my atau kunjungi kedai berhampiran anda.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi