PENERAJU teknologi cermin kecergasan, Vaha memperkenalkan inovasi terbaharu, Vaha S Fitness Mirror yang lebih minimalis untuk set kelengkapan gimnasium di rumah.

Jenama itu dalam portalnya menyebut, idea membawa gim terus ke rumah menjadi inisiatif pihaknya untuk memudahkan pelanggan mengamalkan gaya hidup sihat sepanjang masa.

“Dengan Vaha S Fitness Mirror, kami membawakan lebih 850 kelas senaman dan menghubungkan terus kepada jurulatih maya pada masa nyata.

Vaha

“Selain itu, kami membawakan lebih 100 kelas secara langsung menerusi saluran streaming,” kata jenama tersebut.

Yoga, meditasi, regangan badan, senaman kardio dan pilates merupakan antara aktiviti senaman yang ditawarkan tanpa henti kepada pengguna.

Baca juga SOLE’s 3 IN 1 HIIT Trainer, mesin senaman Fitness Concept serba baharu dengan fungsi lebih canggih

Vaha

Iklan

Satu ciri yang menarik perhatian SinarPlus adalah Vaha S Fitness Mirror memiliki skrin sesentuh 32 inci seberat 27 kilogram (kg) yang mudah dibawa ke mana-mana.

Serentak dengan itu, jenama terkemuka United Kingdom tersebut turut melancarkan Vaha X Fitness Mirror dengan pilihan cermin pintar lebih besar iaitu saiz dimensi 170 x 62 x 4.2 sentimeter, berat (45kg) serta paparan skrin sesentuh 45 inci.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan