Tanpa modal besar, DIY hias bilik air bajet tak perlu renovate

Iklan
Tanpa modal besar, DIY hias bilik air bajet tak perlu renovate

Tanpa modal besar, DIY hias bilik air bajet tak perlu renovate

SETIAP orang pasti suka menghias rumah di segala sudut untuk nampak cantik kan?

Iklan
Iklan

Tak kiralah ruang tamu, bilik tidur mahupun dapur, semuanya mahu kelihatan sedap mata memandang.

Tapi adakah anda tahu bahawa kadang-kadang kita terlupa ruang yang penting iaitu bilik air. Selain bilik tidur, bilik air juga perlu untuk tersusun elok dan cantik.

Iklan

Kata orang, jika kita ingin melihat seseorang itu merupakan seorang yang pembersih, kena tengok bilik air di rumah dia. Jika bersih maknanya dia seorang pembersih.

Jadi, bagi mereka yang terlepas pandang untuk hias bilik air, boleh lakukan dengan cara-cara yang diajar oleh pengguna Facebook Abylla Amjah.

Iklan

Hanya bermodalkan wallpaper sahaja, dia terus menukar wajah bilik air yang biasa menjadi luar biasa.

Baca juga Bijak maksimumkan ruang walau rumah kecil, idea wanita ini bina loteng satu alternatif menarik

Bahkan dia hanya menggunakan modal yang kecil dan tak perlu renovate besar-besaran, bilik air kelihatan sangat cantik.

Jom kita tengok idea yang digunakan untuk menghias ruang bilik air.

1. Dinding

Dinding bilik air ditampal menggunakan wallpaper, beli lima untuk RM100. Cuma guna satu setengah roll sahaja.

Wallpaper ini lekat dengan kuat. Hampir tiga bulan guna. Lantai pula guna cloth tape hitam, juga masih melekat dengan kuat.

2. Rak dinding

Rak di dinding pula dipanggil floating shelf berharga RM30 di Lazada.

Baca juga Tak sangka mop guna pencuci pinggan je, hasilnya lantai & licin berkilat. Debu-debu pasir pun hilang!

3. Lampu

Lampu pada cermin ini pula hanya dibeli di kedai Mr.Diy.

4. Pokok hiasan

Pokok digantung untuk menutup kesan dinding yang kotor. Boleh dapatkan di kedai-kedai perhiasan bunga dan sebagainya.

Boleh gunakan pokok hidup dan pokok hiasan sebagai penyeri.

Semoga bermanfaat dapat memberi inspirasi menghias bilik air kalian.

Sumber : Abylla Amjah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.