LUAR kelihatan seperti setinggan, namun apabila melangkah masuk ke dalam kediaman rupa-rupanya suasana lebih menarik kerana sentuhan dekorasi moden ala kondominium.

Tular menerusi laman sosial Tiktok video menunjukkan sebuah rumah papan yang polos tetapi hiasan dalamannya berkonsepkan moden.

Pemilik akaun Tiktok itu, @mbakpieee berkongsi dekorasi di dalam rumahnya. Ketika pintu rumah dibuka, mata terus ‘menangkap’ dekorasi rumah yang minimalis. Berbeza dengan keadaan di luar kediaman, dalaman rumah tampak begitu memukau dan menyejukkan mata memandang.

Baca juga: Dihina rumah macam kandang kambing, wanita cantik ini buktikan usaha bina banglo mewah

Baca juga: ‘Mak paling rare’- Anak lelaki dekor majlis hari lahir, reaksi Shiera bebel bab sampah, 3 biji brownies bikin terhibur

Video berdurasi 37 saat tersebut menjadi viral dan memperoleh kira-kira 41.9 juta tontonan dan 2.7 juta tanda suka.

Rata-rata warga maya memuji wanita tersebut kerana bijak menghias kediamannya. Dekorasi moden yang diaplikasikan nampak begitu ‘kena’ dengan keadaan rumahnya.

Tidak banyak perabot diletakkan di dalam rumah namun susun atur perabot nampak begitu kemas dan praktikal.

Pilihan tikar getah bagi menutup lantai papan juga kelihatan sesuai dengan ton warna perabot yang dipilih. Pendek kata wanita ini memiliki ‘seni’ menyusun atur dekorasi kediaman.

Baca juga: Syatilla Melvin dan suami kongsi hasil dekorasi bilik movie ala hotel raih pujian ramai. Lawa dan kreatifnya!

Usaha wanita ini membuktikan bahawa walaupun memiliki rumah papan namun itu bukan penghalang untuk menghias rumah. Sesuaikan dengan bajet dan buatlah pilihan dekorasi yang diinginkan. Paling penting seisi rumah selesa dan gembira dengan hasil yang ditampilkan.

Di ruangan komen rata-rata warga maya turut berasa kagum dengan hiasan di dalam rumah wanita itu.

– “Luar setinggan, di dalam kondominium.”

– “Jangan hanya menilai dari luaran.”

-” Di luar rumah orang yang tengok, dalam rumah tuannya lihat. Buat apa cantik di luar kalau duduk di dalam.”

– “Wow…luar setingan, dalam hotel.”

– “Dapat rumah begini pun syukur sangat.”

– “Penat-penat balik, masuk rumah dalamnya cantik macam ni. Fuhh!!tenang.”

– “Cantik .. pandai susun atur rumah.”

– “Luar sulit, dalam elit.”

Iklan

– “Yang punya rumah sangat faham tentang dekorasi rumah, sederhana tetapi indah.”

– “Definisi jangan lihat buku dari kulitnya.”

Tip menghias kediaman yang berkeluasan terhad:

– Beli set sofa jenis ‘L shape’atau tiga tempat duduk.

– Elak daripada membeli perabot yang besar kerana boleh menyebabkan ruang menjadi sempit.

– Jika mahu hias bahagian dinding, cukup hanya satu, dua hiasan sahaja.

Iklan

– Gunakan rak gantung bagi meminimumkan penggunaan ruang.

– Cat dinding dengan warna putih agar ruang nampak luas.

Baca juga: Pandai bertukang mengalahkan lelaki! Kisah ustazah ini buat netizen kagum

Sumber: @mbakpieee

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi