SETIAP kali nak beli ayam di pasar, mesti anda akan minta penjual potong siap-siap kan mengikut jumlah potongan yang diingini.
Jimat masa dan memudahkan urusan untuk memasak, balik rumah tinggal cuci dan simpan dalam peti ais kan.
Pun begitu, ada masanya anda tiada pilihan lain terpaksa potong sendiri apabila pasar raya tempat anda kunjungi tidak menyediakan khidmat memotong ayam pada masa tersebut.
Sudahnya anda terkial-kial nak memotong sendiri di rumah.
SinarPlus nak berkongsi tip mudah yang anda boleh cuba. Yang penting, potongan ayam juga cantik dan isinya tidak hancur.
Tip yang dikongsikan itu dimuat naik Ida Joe menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Beliau mengakui sebelum itu juga tidak pandai, selepas banyak kali belajar, akhirnya kini sudah mahir.
"Memang kalau nak kerja mudah, suruh orang jual ayam tu potongkan. Mudah, balik basuh-basuh terus masak.
"Saya ada terbaca dalam satu grup, ada yang tak pandai nak potong ayam sendiri. Di sini, saya tunjukkan serba ringkas cara saya potong ayam," kata Ida Joe lagi.
Baca ni Resipi Kari Ayam Hijau Goa tapi tak guna rempah kari. Macam mana tu? Kena cuba, memang sedap!
Berikut cara yang dipraktikkan Ida Joe untuk memotong seekor ayam:
1. Mula-mula letak ayam tersebut di atas papan pemotong.
2. Kemudian, belah sedikit di bahagian tengahnya.
3. Setelah itu, tarik bahagian yang dibelah tadi menggunakan tangan.
4. Jadikan ia putus dua seperti dalam gambar.
5. Kemudian, potong dua bahagian punggung.
6. Beginilah hasilnya.
Baca lagi Tip lembut dan empukkan daging dengan cepat guna ais batu, minyak masak. Kena cuba!
7. Selepas itu, potong bahagian paha. Pastikan anda potong mengikut sendi.
8. Potong dua bahagian .
9. Diikuti dengan bahagian leher.
10. Setelah itu, belah dua bahagian dada tersebut.
11. Kemudian, potong kepak mengikut sendi
12. Potong tiga bahagian untuk isi dada.
13. Siap!
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.