Mudah jer nak cuci karpet tanpa perlu hantar dobi. Rahsianya guna soda & cuka. Hasilnya nampak macam baharu
KEMAS dan menarik sesebuah ruang di dalam rumah apabila dihiasi karpet atau permaidani.
Paling penting kena pandai jaga, barulah sentiasa cantik dan tidak cepat rosak.
[caption id="attachment_108033" width="800"] Gambar kredit Pexels[/caption]
Cuma yang lecehnya bila bab nak cuci. Lebih-lebih lagi kalau ada anak kecil.
Bukan sahaja minuman, makanan atau susu, bahkan habuk daripada barang mainan anak-anak boleh menyebabkan karpet kita mudah kotor.
Kebiasaannya, kita akan hantar ke dobi untuk memudahkan urusan mencuci, kan? Namun, kalau nak dapat balik, biasanya ambil masa yang agak lama kan.
Apa kata cuba tip mudah ini untuk cuci sendiri di rumah. Tak perlu bimbang kerana bahan yang digunakan mudah didapati selain murah jer.
SinarPlus kongsikan beberapa tip menjaga karpet supaya sentiasa nampak baru:
1. Bersihkan karpet sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan vakum atau penyedut habuk.
2. Cuci menggunakan sabun khas sekurang-kurangnya enam bulan sekali supaya hilang bau hapak dan mengembalikan kesegaran karpet tersebut.
3. Jangan terlalu mendedahkan karpet kepada sinaran matahari. Ini bagi mengelakkan warna mudah luntur dan sentiasa nampak baru walaupun sudah lama digunakan.
4. Selalu ubah kedudukan karpet sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sebulan.
Baca ni 'Mop legend' tetap pilihan. Gelagat Feeya Iskandar kemas rumah sebelum keluar 'me time' raih pujian
[caption id="attachment_108031" width="800"] Gambar kredit Pexels[/caption]
5. Bagi hilangkan bau hapak, gunakan sedikit serbuk soda lalu taburkan ke atas karpet. Biarkan ia selama setengah jam sebelum dibersihkan dengan menggunakan vakum.
6. Jika karpet anda kotor disebabkan air tumpah atau sisa makanan melekat, gunakan cuka untuk membersihkannya. Ambil 20 mililiter (ml) cuka lalu campurkan dengan air. Cuci karpet tersebut dan lihatlah hasilnya nanti.
7. Cuci karpet dengan cara mengelap menggunakan kain. Elakkan daripada menggunakan berus. Terus cuci dan jangan biarkan sisa makanan atau kotoran melekat terlalu lama. Semakin lama anda biarkan, semakin sukar untuk ditanggalkan kotoran itu.
8. Pastikan ruang yang ingin menempatkan karpet baru benar-benar bersih daripada sebarang habuk atau kotoran. Ini bagi mengelakkan berlakunya alahan selepas karpet tersebut dibentangkan.
[caption id="attachment_108032" width="800"] Gambar kredit Pexels[/caption]
9. Pastikan ruang pengudaraan yang menempatkan karpet dalam keadaan baik. Buka pintu atau tingkap jika perlu. Elakkan meletak ia berdekatan bilik air atau ruang yang mudah terkena tempias hujan. Ini kerana karpet yang terkena air akan berbau jika dibiarkan lembap.
10. Selepas membentangkan karpet, elakkan daripada menggunakan ruang berkenaan sekurang-kurangnya tiga hari.
Semoga bermanfaat!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi