Hampir 5,000 shares, wanita kongsi resipi sup Wantan halal, homemade, mengiurkan
WANTAN biasanya sedap digoreng namun ia lebih enak jika dinikmati dengan sup.
Makan pula panas-panas memang padu!
Sup wantan juga antara hidangan yang ringkas untuk disediakan kerana anda hanya perlu menyediakan sup dan inti wantan sahaja.
Selain itu, intinya juga boleh kita ubah suai mengikut mengikut cita rasa sendiri. Dijamin puas hati!
Untuk resipi sup wantan yang simple dan enak, paling penting halal dan homemade, ini perkongsian pengguna Facebook Zurina Zulkefli yang telah mendapat hampir 5,000 shares!
Bahan-bahan inti;
- Daging ayam kisar
- Kulit Wantan
- Lobak merah dicincang
- Daun bawang dihiris
- Tepung jagung 1 sudu makan
- Kiub pati ayam separuh
Cuba juga Manis, pedas dan rangup! Popia sira sedap dibuat kudap wajib dicuba
[caption id="attachment_108276" width="800"] Kredit foto: Zurina Zulkefli[/caption]
Campurkan semua sekali dan gaul sebati, bungkus inti menjadi Wantan
Cara membuatnya;
1. Panaskan tiga cawan air dan masukkan separuh kiub pati ayam.
2. Masukkan wantan dan rebus sehingga masak.
Cuba juga Kepak ayam manis pedas sesuai untuk majlis kanak-kanak, mak wajib cuba
3. Sediakan mangkuk hidangan, masukkan sesudu minyak bawang putih, sesudu minyak bijan, dua sudu kicap cair dan hirisan daun bawang. Kemudian tuangkan air rebusan Wantsn ke dalam mangkuk.
4. Akhir sekali boleh masukkan Wantan dan sedia dihidang.
Selamat mencuba!
Sumber: Zurina Zulkefli
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.