Manis, pedas dan rangup! Popia sira sedap dibuat kudap wajib dicuba

A
A
A

Manis, pedas dan rangup! Popia sira sedap dibuat kudap wajib dicuba

SEDAPNYA popia sira ni. Ramai yang sukakannya. Tekstur popia yang rangup, ditambah pula dengan sos yang pedas-pedas manis, memang enak dikunyah.

Pendek kata makan satu balang pun tak sedar habis. Kunyah-kunyah sambil menonton TV oh nikmatnya terasa!

Bagi anda yang tercari-cari resipi popia sira yang sedap dan mudah disediakan, resipi perkongsian Adam Adwa ni antara yang boleh dicuba. Pasti puas hati.

Bahan-bahannya;

Cara membuatnya;

1. Untuk 1 paket kulit popia saiz 8 inci, belah dua. Leraikan satu-satu (untuk belah pertama). Lagi satu simpan kt chiller. Takut kering nanti susah gulung.

2. Gulung macam biasa dan gamkan hujung dengan cairan tepung gandum. Dah siap semua gulung potong-potong serong dan goreng. Angkat toskan.

Cuba juga Kepak ayam manis pedas sesuai untuk majlis kanak-kanak, mak wajib cuba

Untuk sambal sira bagi sepaket kulit popia;

1. Tumiskan dua sudu besar cili kisar sampai pecah minyak. Masukkan tiga hingga empat sudu besar sos cili.

2. Kemudian masukkan empat hingga lima sudu besar gula, sedikit garam serta serbuk perasa.

3. Masak dengan api kecil hingga buih-buih wap air dah hilang. Yang tinggal buih-buih halus gula. Masa ini, rasakan jika semua ok boleh masukkan popia yang sudah digoreng.

4. Boleh masukkan kacang yang telah disangai. Jika suka boleh tambah ikan bilis yang telah digoreng.

Cuba juga Ini cara paling mudah hilangkan rasa miang batang keladi, barulah sedap siput sedut masak lemak cili padi

5. Tutup api, gaul rata perlahan-lahan hingga sekata dan boleh masukkan bijan yang telah disangaikan. Sejukkan dan boleh disimpan.

Selamat mencuba!

Sumber: Adam Adwa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca