Alif Satar pernah diami flat Wangsa Maju, imbau kenangan zaman kecil, tak lupa asal-usul

Iklan
sinarplus (7)

PENYANYI, pelakon dan pengacara Alif Satar mendedahkan beliau rupanya pernah mendiami kediaman jenis apartmen atau flat di tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Tidak lupa asal-usul, selebriti berusia 32 tahun itu berkongsi tentang lokasi tempat tinggal pada zaman kecilnya itu menerusi hantaran di Instagram.

Iklan
Iklan

Baca juga: Jangan main-main dengan doa orang yang teraniaya - Alif Satar

Iklan

Membawa bersama tiga cahaya matanya, Alif berkunjung kembali kawasan kediaman yang menyaksikan beliau membesar sehingga berusia 10 tahun.

Iklan

"Macam-macam memori Alif kumpul kat sini. Paling best, bila bawak anak-anak jalan haritu.

"Rupanya jiran-jiran lama dulu pun dok ada lagi kat sini!! Kind loving people they all are and I wish them all the best," titipnya.

Baca juga: Alif Satar jual nasi ayam bantu golongan B40, individu terjejas akibat Covid-19          

Dalam pada itu, anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Mohd Satar Ramli dan Nur Hafiza Muhammed itu berkongsi nasihat agar tidak melupakan orang-orang yang pernah memberi jasa kepada kehidupan.

Alif mula dikenali selepas mendapat tempat ketiga dalam rancangan realiti One in a Million musim pertama pada tahun 2006. Sejak itu bakatnya berkembang sebagai pelakon dan pengacara.

Alif berkahwin dengan bekas pengurusnya, Shadila Halid pada tahun 2014 dan dikurniakan tiga anak iaitu Alisha Anugerah, 8, Ariana Mecca, 6, dan Muhammad Ali, 4.

Baca juga: [VIDEO]Alif Satar akan kongsi kisahnya sebagai pesakit Covid-19

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi