MASUK hari ke enam penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar menjalani rawatan Covid-19 di sebuah hospital di Melaka.

Pagi ini, Alif tampil berkongsi sebuah video dirinya yang baru sahaja selesai melakukan senaman di samping mendoakan kesihatan semua orang bersama keluarga tersayang.

“Nanti saya akan berkongsi pengalaman sepanjang bergelar pesakit Covid-19.

“Hanya nak pesan kepda korang, tidak kira di mana korang berada, ingat, kesihatan adalah sangat bernilai.

“Berhentilah merokok, pengambilan cecair liquid, amalkan kehidupan yang sihat.

“Selalulah bersenam dan makan makanan yang berkhasiat,” pesannya.

Alif turut memohon para pengikut mendoakannya serta turut menggalakkan membaca surah Al-Kahfi sempena hari Jumaat.

Baca juga Perempuan Tanpa Dosa : Apa pengakhiran kisah cinta Lili, Rizal & Usu Sakinah?

Video tersebut telah mendapat lebih 300 ribu tontonan setakat ini.

Iklan

Rata-rata rakan artis dan pengikut meninggalkan titipan doa buatnya di ruangan komen.

fashasandha – Be strong! cepat sembuh Alif! Kami doakan.

officialdjfuzz – Get well soon brother.

catrionabrianross – Much respect and admiration for the positivity. Hoping for a speedy recovery.
scoopdatd – Moga alif cepat sembuh hendaknyaa. Truly you are so positive.

yaatiehayaatie – Aamiin… Contoh utk belia-belia yang ada sekarang. Ciri-ciri pemimpin tu ada kat Alif. Take care Alif.

Alif Satar sebelum ini disahkan positif Covid-19 pada 22 November lalu dan menjalani rawatan di sebuah hospital di Melaka.

Setelah memaklumkan dirinya positif dijangkiti Covid-19, ibu, bapa dan adik bongsu Alif Satar turut sama positif virus itu.

Iklan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)