McD pun dah ada Menu Rahmah boleh beli bila-bila masa, 3 hidangan pilihan hanya RM5
BERITA baik buat semua! Kini McDonald’s Malaysia atau dikenali McD atau Mekdi melancarkan Menu Rahmah untuk bantu rakyat Malaysia.
Menu Rahmah McD kini boleh didapati sepanjang hari di seluruh Malaysia, sebagai tanda menyokong usaha kerajaan menawarkan hidangan berharga RM5.
Mulai sekarang McD menawarkan tiga pilihan Menu Rahmah iaitu;
- Burger Ayam dan Teh Ais Limau (cawan kecil)
- Bubur Ayam McD (saiz kecil) dan Teh Ais Limau (cawan kecil)
- McEgg dan Teh Ais Limau (cawan kecil)
Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, pihaknya menawarkan tiga pilihan menu berharga RM5 yang boleh didapati di semua restoran makanan segera itu di seluruh negara.
Menurutnya, usaha itu menunjukkan sokongan dan komitmen pihaknya terhadap inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sekali gus membantu masyarakat yang terbeban.
Pada majlis itu, McDonald's turut menyantuni anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang dengan hidangan Menu Rahmah sebagai usaha berterusan dalam menyumbang kepada masyarakat setempat.
Sempena pelancaran Menu Rahmah, McDonald’s juga mengumumkan kemunculan semula menu yang sangat dinantikan ramai sempena bulan Ramadan ini, iaitu Foldover Ayam dan Foldover Daging, yang boleh didapati di semua restoran McDonald’s mulai sekarang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.