Hanya guna 5 bahan, ini resipi sambal ayam penyet paling senang & sedap
BAGI penggemar nasi ayam penyet, pastinya sambal menjadi penarik utama bagi menentukan kesedapan juadah itu.
Kadang bila menikmati ayam penyet di kedai, ada sahaja yang rasa tidak kena pada selera.
Oleh itu, apa kata anda cuba buat sendiri sambal nasi ayam penyet yang persis restoran di Indonesia ni.
Malah apa yang paling seronok sekali adalah anda boleh tambah berpinggan-pinggan. Barulah puas nak makan!
Bahan-bahan;
- Tomato (belah 4)
- Cili besar
- Cili padi
- Belacan
- Ikan bilis (segenggam)
- Minyak masak
Cuba juga Resipi rahsia sambal ayam penyet yang senang dan rasa padu
Cara-cara membuatnya;
1. Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehingga garing. Bila ikan bilis dah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali gorengan ikan bilis tadi.
2. Masukkan pula cili besar, cili padi dan belacan. Goreng sehingga layu. Bila semua dah layu, tutup api, dan biarkan sejuk.
3. Setelah sejuk, baru masukkan dalam blender. Blend kasar sahaja, guna butang pulse. Atau boleh juga guna chopper, atau tumbuk guna lesung batu.
Cuba juga Sambal Belacan Goreng pelengkap hidangan, tak sedar licin nasi sepinggan
4. Dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama. Masak sehingga kering air dan pecah minyak. Letak garam sikit. Boleh tambah gula jika suka. Siap!
Tip:
*Takde sukatan khusus, agak-agak je ikut selera kita. Nak sedap, lebihkan tomato. Nak pedas, lebihkan cili padi. Nak merah, lebihkan cili besar.
*Sambal penyet ini sesuai dimakan bersama ayam, ikan dan tauhu serta tempe goreng.
Selamat mencuba!
Sumber: Afy Al Habibi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.