Resipi rahsia sambal ayam penyet yang senang dan rasa padu

Resipi rahsia sambal ayam penyet yang senang dan rasa padu
Resipi rahsia sambal ayam penyet yang senang dan rasa padu
A
A
A

JIKA sebut ayam penyet, pasti terngiang-ngiang keenakkan sambalnya.

Menu ayam penyet sekarang semakin popular di negara kita, senang nak mendapatkannya walau di mana berada.

Kata orang, jika menjadi atau padu sambalnya barulah mendapat kepuasan menikmati menu itu.

Rupa-rupanya, cukup mudah membuat sambal menu masakan terkenal Indonesia ini.

Mari kita tengok resipi ringkas untuk membuat sambal ayam penyet atau geprek yang dikongsi Ziela Mazlan.

1. Ayam goreng

  • Disalut dan digoreng dengan tepung.

*Tidak kisah apa jenama tepung dan saiz ayam ikut suka hati

2. Sambal penyek atau geprek

  • Cili merah
  • Cili kecik merah dan hijau
  • Tomato
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan

Boleh juga cuba Mudahnya buat ‘muffin’ telur ni… sedap dan tentunya berkhasiat!

Cara-caranya:

1. Goreng semua bahan.

2. Selepas itu, kisar atau tumbuk.

3. Goreng semula bahan tadi dan perasakan dengan garam serta gula.

Siap! Boleh dihidang bersama nasi putih, tempe, tauhu dan ulam-ulaman yang digemari.

Semoga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca