6 info Dr Farah Nini Dusuki, dilantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak

Iklan
Dr Farah Nini Dusuki

6 info Dr Farah Nini Dusuki, dilantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak

BERKUAT kuasa Rabu lalu (8 Mac), Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya (UM), Dr Farah Nini Dusuki dilantik sebagai Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Iklan
Iklan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pelantikan selama tiga tahun itu dibuat mengikut Subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597] selepas mendapat perkenan daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Ujarnya, kerajaan berharap dengan lantikan Dr Farah Nini sebagai Pesuruhjaya Kanak-Kanak maka pelbagai isu kanak-kanak yang berlaku di Malaysia akan diberi perhatian lebih mendalam.

Iklan

"Ini bagi memastikan hak asasi serta keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di negara kita sentiasa terpelihara," katanya.

Baca juga 10 fakta Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Iklan

[caption id="attachment_108590" width="800"] Kredit foto: Bernama[/caption]

 

Menurut Azalina, ini info ringkas Dr Farah Nini;

1. Mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang hak asasi manusia dan undang-undang berhubung kanak-kanak.

2. Pensyarah yang telah berkhidmat di UM sejak 2007 itu juga pernah berkhidmat di Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, Universiti Islam Antarabangsa selama 15 tahun.

3. Dr Farah Nini telah memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Cardiff, Wales, United Kingdom pada tahun 2002 dengan tesis yang menganalisa permasalahan sosio-perundangan bagi melindungi kanak-kanak daripada penderaan dan pengabaian.

4. Bidang-bidang kajian beliau merangkumi perundangan mengenai pengadilan jenayah (criminal justice), undang-undang kanak-kanak (child law), perlindungan remaja dalam isu kesihatan reproduktif seksual dan pelaksanaan serta penguatkuasaan hak kanak-kanak di Malaysia.

Baca juga Senarai penuh 27 timbalan menteri kabinet perpaduan, 8 adalah wanita

5. Dr Farah Nini juga merupakan kakak sulung kepada bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

6. menurut Dr Asyraf Wajdi, beliau juga amat dikenali sebagai pejuang tegar dan pakar undang-undang kanak-kakak di peringkat antarabangsa selaku Perunding di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk UNICEF dan di peringkat ASEAN.

Semoga hak asasi serta keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di negara kita sentiasa terpelihara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, InstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.